Wednesday, February 4, 2009

KARENAH BIROKRASI (Part 1)

"Y.A.B. Perdana Menteri menegaskan bahawa rasuah berlaku dalam pentadbiran Kerajaan kerana wujudnya kerenah birokrasi." (Yaaa.....agreeee! ) Saranan beliau adalah:-

  • menambah baik sistem dan prosedur kerja bagi memastikan perkhidmatan yang cepat dan cekap kepada pelanggan serta menutup ruang dan peluang untuk amalan rasuah;
  • mengkaji dan mengenal pasti undang-undang dan peraturan yang usang yang menjejaskan perkhidmatan yang licin dan berkesan serta memperakukan pindaan-pindaan sewajarnya kepada undang-undangdan peraturan tersebut;
  • mengkaji semula Piagam Pelanggan dan memperakukan penambahbaikan kepada perkhidmatan yang dijanjikan di bawah Piagam Pelanggan berkenaan termasuk membuat analisis terhadap maklum balas yang diperoleh daripada “Borang Kepuasan Pelanggan Bagi Perkhidmatan Kaunter
  • mengkaji dan menentukan bekalan peralatan yang perlu bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada orangramai.

Dah dibuat ke semua saranan di atas??? Mcm takde efek je!!!

Diantara contoh kes akibat dari karenah birokrasi yg pnah tjadi:

Kematian seorang kanak-kanak, Nur Atiqah Najwa Mohd Sharif, seorang pesakit barah hati, krna gagal mendptkn bantuan Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan (TKKK) walaupun telah empat bulan memohon bantuan tersebut. Ibu bapa Atiqah terpaksa meminta bantuan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan yang dianggarkan RM300,000.

Adakah pengurusan tersebut terlalu tegas hingga menghilangkan `sense of urgency' atau juga salah pihak hospital swasta yang meletakkan bayaran yang terlalu tinggi?
Karenah birokrasi telah 'menghilangkan' nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial dalam menjalankan peraturan atau perniagaan yang meraih keuntungan setiap tahun.

Kejadian ini membuktikan bahawa karenah birokrasi amat menyulitkan pelbagai urusan yang memerlukan tindakan segera. Maka sepatutnya dikaji dan dilaksana perubahan2 bagi mengatasi masalah2 spt yg di atas.

1 comment:

SAYANG SARAWAK said...

Sememangnya kita mengurangkan karenah birokrasi ini bagi melancarkan lagi proses permohonan dan pentadbiran sesuatu agensi.