Wednesday, April 29, 2009

Takziah buat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) serta keluarga

Takziah buat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarga di atas pemergian isteri tercinta iaitu Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib. Semuga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

AL-FATIHAH........

Tuesday, April 28, 2009

GOSIP POLITIK (ADA ORANG KATA......)

Ada orang kata, sewaktu pilihanraya yang lepas ada pihak main politik wang. Yang pegang bendera pun kena bagi duit. Ada juga yang kata, waktu tu ada beberapa projek pembangunan baru dibuat hanya semata-mata untuk mengambil hati rakyat setempat. Ada juga yang kata rakyat setempat diugut supaya memilih parti tertentu kalau ingin pembangunan. Apa juga yang ceritakan, selepas pilihanraya tersebut rumah wakil rakyat ni buat parti selama beberapa malam berturut-turut. Betul ke ni?

BlueHope ingat kan tidak ada 'permainan kotor' seperti yang diwar-warkan. Ingat kan semuanya 'serba bersih'. Betul ke apa yang orang kata ni? Kalau betul siapa yang kata?

Thursday, April 23, 2009

JENIS PEMIMPIN YANG KITA ADA

Pemimpin kita...pemimpin apa, bagaimana dan siapa?

Pemimpin yang kita ada sekarang ini adalah terdiri dari pelbagai bangsa yang kononnya akan mewakili bangsa-bangsa mereka. Namun adakah mereka betul-betul mewakili bangsa atau sebaliknya dan hanya mewakili kepentingan dirinya sahaja?

Yang pastinya, orang yang paling mudah untuk dipilih sebagai pemimpin adalah orang yang punya banyak 'dosa dan rahsia besar'. Kenapa mereka? Kerana orang seperti ini adalah orang yang takut dan orang yang takut hanya akan menurut perintah sahaja demi untuk kebaikan dirinya.

Orang yang takut juga merupakan orang yang akan bersyukur dengan apa yang ada dan tidak akan meminta-minta. Maka orang yang tidak meminta-minta adalah orang yang paling disuka kerana tidak 'menghabiskan harta'.

Ramai pemimpin kita yang terdiri dari golongan seperti di atas. Sebab itulah rakyat 'meronta-ronta' kerana dahagakan pembelaan dan inginkan pembaharuan. Rakyat sudah pasti ingin merasakan betapa berbaloinya mereka mengundi bila hak mereka dibela dan rintihan mereka didengar.

Wahai pemimpin bangsa.... bangunlah dan sedarlah! Anak-anak bangsa anda menanti 'suara anda'!

KETUA KAMPUNG

Tugas2 ketua kampung adalah seperti berikut :-

a) Membantu mrancang dan mlaksanakan projek2 pembangunan masyarakat kpg

b) Menjadi orang tengah di antara org kpg dgn pihak kerajaan @ badan2 luar

c) Menjaga kselamatan kpg dari anasir2 jahat

d) Melapurkan aktiviti2 negatif di kpg kepada pihak berkuasa

e) Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan masyarakat kpg

f) Menjemput sesiapa yg difikirkan sesuai utk mghadiri mana2 mesyuarat jawatankuasa kpg

g) Mengadakan mesyuarat sekurang2nya sekali dlm sebulan bersama wakil rakyat setempat
TAPI KENAPA DI KEBANYAKAN KAMPUNG TIDAK MENAMPAKKAN YANG KETUA KAMPUNGNYA SEPERTI MENJALANKAN TUGAS2 YANG DI ATAS?
Budak2 kampung sekarang kebanyakannya buat perangai macam setan. Menghidu gam, jualbeli pil khayal, berjudi dan minum arak. Tidak ada pun aktiviti2 berfaedah yang melibatkan remaja2 dan belia2 kampung.
BlueHope rasa adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat di tempat itu untuk memastikan ketua kampungnya bergerak aktif. Kerjasama erat di antara ketua kampung, wakil rakyat dan AJK kampung adalah perlu ditekan demi untuk kepentingan semua pihak.

Sunday, April 19, 2009

EXAM STRESS!!!

Orang baru... maka idealogi dan prinsip pun mesti nak buat yang baru. Pendek kata, segala-galanya nak ubah kepada cara yang baru. Transformasi lah katakan...

Tidak ketinggalan juga di mana sistem pendidikan negara pun bakal melalui pembaharuan mulai tahun depan di mana penentuan gred bagi seseorang murid tidak lagi bergantung kepada peperiksaan semata-mata. Bagus...sangat bagus! Bermaksud murid2 UPSR, PMR dan SPM tak perlulah tension sangat setiap kali tiba peperiksaan awam.

Ini kerana satu sistem penilaian dan penggredan secara menyeluruh atau holistik akan diperkenalkan dengan memasukkan sekali penilaian ke atas kecerdasan akademik (penilaian berasaskan sekolah - ujian mingguan, bulanan dan penggal), sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum. Ianya bertujuan untuk menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan dan akhirnya kelihatan seperti mengabaikan aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya.

Ini lah sistem yang guru2 Malaysia nanti-nantikan... Respons daripada para guru dikatakan adalah amat positif. Ye ke? Tambahan pula, kononnya sistem ini tidak akan membebankan para guru kerana sebahagian pendekatan sistem itu sudah pun dimulakan.

Ini kata BlueHope! Apa pula kata cikgu-cikgi di luar sana? Hermmmm......



Friday, April 17, 2009

HOSPITAL ATAU KLINIK KERAJAAN DAN SWASTA

Bluehope pernah mdapatkan perkhidmatan di kedua-dua hospital atau klinik ini dan memang benar terdapat perbezaan yg begitu ketara sekali.

1. Kos perubatan - percuma di hospital kerajaan dan dapat sakit hati pun percuma jugak. Sebab itulah ramai yg memilih utk mdapatkan perkhidmatan di hospital atau klinik swasta terutamanya pegawai kerajaan walaupun terpaksa menanggung kos yg tinggi.

2. Layanan - jururawat di hospital/klinik kerajaan mudah marah-marah dan sukar utk senyum pd pesakit, manakala jururawat di hospital swasta pula sentiasa sabar dgn karenah pesakit yg pelbagai dan begitu mudah melayan pesakit.

3. Kualiti ubat - ubat yg sama tapi kesan yg berbeza

4. Tempoh dilayan - di hospital/klinik kerajaan pesakit menjadi lebih sakit kerana menunggu begitu lama utk dilayan. Untuk pembedahan pula, pesakit2 terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan utk mdapatkan giliran. Keputusan mana-mana ujian yg dijalankan terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan sedangkan di hospital/klinik swasta dapat menyediakan keputusan dalam tempoh yg singkat

5. Hasil pemeriksaan - pihak hospital/klinik kerajaan kata tak ada sakit apa-apa tapi bila di periksa di hospital swasta, ada pula penyakit yg dihidap.

Dan ini adalah kisah benar yg BlueHope alami pada April 2008 di Hospital Umum Sarawak. BlueHope menemani rakan utk menghantar seorang peserta kursus yg sakit perut ke hospital. Sesampai di sana pelajar tersebut di periksa hanya dengan bertanyakan soalan-soalan sahaja. Selepas itu diberi ubat gastrik. Pelajar tersebut dikehendaki tinggal di hospital utk pemantauan doktor. BlueHope menghampiri salah seorang doktor berkenaan dan memberitahunya bahawa pelajar itu sedang mengalami kesakitan yg teramat sangat dan minta agar pelajar tersebut di x-ray. Tapi doktor kata tak perlu sebab gastrik sahaja.

BlueHope balik ke tempat kursus bersama rakan kerana ibu pelajar itu telah sampai ke hospital. Lebih kurang pukul 5.30 pagi keesokan harinya, BlueHope mendapat panggilan telefon dari rakan mengatakan pelajar tersebut telah meninggal dunia kerana mengalamai pendarahan di dalam perutnya. Tali usus pelajar tersebut dikatakan berbelit dan pecah sehingga mengakibatkan kematian.

Bulan ini genap setahun peristiwa itu berlaku dan sentiasa dalam kenangan BlueHope. Kita tidak faham kenapa perbezaan seperti ini berlaku. Adakah semata-mata kerana pihak hospital ini memberikan perkhidmatan percuma, maka layanan dan rawatan yg diberi pun ala kadar sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Kesihatan utk menitikberatkan lagi tentang isu-isu seperti ini.

Saturday, April 4, 2009

GURU BERPOLITIK?

Wajarkah guru berpolitik?

Pada pandangan BlueHope, atas alasan apa sekali pun memang tidak wajar seorang guru (walau DG mana sekalipun) untuk melibatkan diri dalam politik. Alasan nya mudah sahaja, politik bukan satu perkara yg mudah. Banyak masa, tumpuan dan tenaga akan diperlukan untuk bergiat diri dalam politik. Sedangkan semua aspek itu harus digunakan untuk fokus kepada pentadbiran sekolah. Sekolah yang hanya mengandungi tidak sampai 2000 org pelajar dan 200 guru pun susah nak diurus, inikan pula masyarakat setempat.

BlueHope tertanya-tanya, bagaimana sekiranya seorang guru DG41 atau DG48 itu adalah seorang penyokong parti pembangkang? Adakah beliau akan diambil tindakan atau tetap diberi peluang juga untuk terus bergiat dalam perjuangan politiknya?

BlueHope bimbang senario seperti di bawah ini akan berlaku di sekolah.

Guru : OK, murid-murid. Hari ini kita akan belajar melukis bulatan. Selepas ini nanti kita akan membuat bulatan seperti ini. Jadi, murid-murid tidak perlu membuat barisan lagi jika nak masuk kelas atau di kantin.

Murid A : Cikgu, maksudnya kita kena berbaris dalam bulatan ke, cikgu?

Guru : Ye, murid-murid. Mulai sekarang, kita hanya akan berbaris dalam bentuk bulatan sahaja. Sebab berbaris dalam barisan sudah lapuk ditelan zaman. Kita nak buat pembaharuan. Faham tak?

Murid-murid : FAHAM, CIKGU!!!

Thursday, April 2, 2009

TAMAK KUASA DI MANA-MANA SAHAJA

Cousin BlueHope semalam bertandang ke rumah sebab lama dah tak singgah. Cerita punya cerita, timbul lah kisah perebutan jawatan di kampung nya iaitu jawatankuasa kecil kampung.

Ketua AJK kampung (nama samaran - Encik Im) ni memang dah memegang jawatan tersebut selama beberapa tahun. Cukup bangga dengan jawatan itu walaupun langsung tiada membawa apa-apa pembangunan dan pembaharuan di kampung.

Jadi minggu lepas dibuat penggundian semula seorang dari ajk kecil kampung. Dan seorang dari calon nya adalah anak saudaranya sendiri (nama samaran - Sheilla) yang bekerja berkaitan dengan seorang wakil rakyat.

Encik Im ni memang tak senang hati dengan dengan pencalonan Sheilla kerana dia memang tak ngam dengan sepupunya (bapa kepada calon ini). Lagipun dia bimbang akan hilang popularitinya kerana kedudukan Sheilla yang bekerja dengan seorang wakil rakyat. Isteri Encik Im pula dah berkempen rumah ke rumah dan menghasut supaya penduduk kampung yang dipanggil untuk mengundi tidak memilih si Sheilla. Isteri Encik Im juga telah mencerita segala keburukan mak ayah si Sheilla dengan harapan penduduk kampung tidak mengundi Sheilla.

Pada hari penggundian, hanya beberapa orang kampung sahaja yang hadir kerana surat hanya diedar kepada orang tertentu sahaja. Selesai mengundi, penduduk kampung pun masing-masing balik ke rumah. Setengah jam selepas itu, penduduk kampung tadi menerima panggilan untuk datang balik ke masjid kampung untuk membuat penggundian semula kerana dikatakan undi yang pertama tadi tidak sah.

Hanya separuh dari jumlah penggundi yang datang kerana yang lain-lain nya telah masing-masing sibuk dengan urusan harian. Di akhir ceritanya, calon pilihan Encik Im menang undi tersebut.

BlueHope hairan... apa yang menyebabkan kedengkian dan ketamakan Encik Im ni sampai bersikap keji seperti itu? Ini baru peringkat kampung, belum lagi peringkat bahagian, wilayah atau negeri?

Memang betul... ketamakan menjadikan manusia keji dan hilang kemanusiaannya.

Kepada wakil rakyat kampung itu pula, APA KAU BUAT SELAMA NI YB? TAK WAT KEJE KE? KAMPUNG KAU DAH HAPRAK, ANAK2 KAMPUNG JADI PENAGIH DADAH! APA TINDAKAN YB? NAK BERJEMAAH KAT MASJID KAMPUNG PUN SUSAH!!!