Cousin BlueHope semalam bertandang ke rumah sebab lama dah tak singgah. Cerita punya cerita, timbul lah kisah perebutan jawatan di kampung nya iaitu jawatankuasa kecil kampung.
Ketua AJK kampung (nama samaran - Encik Im) ni memang dah memegang jawatan tersebut selama beberapa tahun. Cukup bangga dengan jawatan itu walaupun langsung tiada membawa apa-apa pembangunan dan pembaharuan di kampung.
Jadi minggu lepas dibuat penggundian semula seorang dari ajk kecil kampung. Dan seorang dari calon nya adalah anak saudaranya sendiri (nama samaran - Sheilla) yang bekerja berkaitan dengan seorang wakil rakyat.
Encik Im ni memang tak senang hati dengan dengan pencalonan Sheilla kerana dia memang tak ngam dengan sepupunya (bapa kepada calon ini). Lagipun dia bimbang akan hilang popularitinya kerana kedudukan Sheilla yang bekerja dengan seorang wakil rakyat. Isteri Encik Im pula dah berkempen rumah ke rumah dan menghasut supaya penduduk kampung yang dipanggil untuk mengundi tidak memilih si Sheilla. Isteri Encik Im juga telah mencerita segala keburukan mak ayah si Sheilla dengan harapan penduduk kampung tidak mengundi Sheilla.
Pada hari penggundian, hanya beberapa orang kampung sahaja yang hadir kerana surat hanya diedar kepada orang tertentu sahaja. Selesai mengundi, penduduk kampung pun masing-masing balik ke rumah. Setengah jam selepas itu, penduduk kampung tadi menerima panggilan untuk datang balik ke masjid kampung untuk membuat penggundian semula kerana dikatakan undi yang pertama tadi tidak sah.
Hanya separuh dari jumlah penggundi yang datang kerana yang lain-lain nya telah masing-masing sibuk dengan urusan harian. Di akhir ceritanya, calon pilihan Encik Im menang undi tersebut.
BlueHope hairan... apa yang menyebabkan kedengkian dan ketamakan Encik Im ni sampai bersikap keji seperti itu? Ini baru peringkat kampung, belum lagi peringkat bahagian, wilayah atau negeri?
Memang betul... ketamakan menjadikan manusia keji dan hilang kemanusiaannya.
Kepada wakil rakyat kampung itu pula, APA KAU BUAT SELAMA NI YB? TAK WAT KEJE KE? KAMPUNG KAU DAH HAPRAK, ANAK2 KAMPUNG JADI PENAGIH DADAH! APA TINDAKAN YB? NAK BERJEMAAH KAT MASJID KAMPUNG PUN SUSAH!!!
alkisah ~
14 years ago
No comments:
Post a Comment