Friday, April 17, 2009

HOSPITAL ATAU KLINIK KERAJAAN DAN SWASTA

Bluehope pernah mdapatkan perkhidmatan di kedua-dua hospital atau klinik ini dan memang benar terdapat perbezaan yg begitu ketara sekali.

1. Kos perubatan - percuma di hospital kerajaan dan dapat sakit hati pun percuma jugak. Sebab itulah ramai yg memilih utk mdapatkan perkhidmatan di hospital atau klinik swasta terutamanya pegawai kerajaan walaupun terpaksa menanggung kos yg tinggi.

2. Layanan - jururawat di hospital/klinik kerajaan mudah marah-marah dan sukar utk senyum pd pesakit, manakala jururawat di hospital swasta pula sentiasa sabar dgn karenah pesakit yg pelbagai dan begitu mudah melayan pesakit.

3. Kualiti ubat - ubat yg sama tapi kesan yg berbeza

4. Tempoh dilayan - di hospital/klinik kerajaan pesakit menjadi lebih sakit kerana menunggu begitu lama utk dilayan. Untuk pembedahan pula, pesakit2 terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan utk mdapatkan giliran. Keputusan mana-mana ujian yg dijalankan terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan sedangkan di hospital/klinik swasta dapat menyediakan keputusan dalam tempoh yg singkat

5. Hasil pemeriksaan - pihak hospital/klinik kerajaan kata tak ada sakit apa-apa tapi bila di periksa di hospital swasta, ada pula penyakit yg dihidap.

Dan ini adalah kisah benar yg BlueHope alami pada April 2008 di Hospital Umum Sarawak. BlueHope menemani rakan utk menghantar seorang peserta kursus yg sakit perut ke hospital. Sesampai di sana pelajar tersebut di periksa hanya dengan bertanyakan soalan-soalan sahaja. Selepas itu diberi ubat gastrik. Pelajar tersebut dikehendaki tinggal di hospital utk pemantauan doktor. BlueHope menghampiri salah seorang doktor berkenaan dan memberitahunya bahawa pelajar itu sedang mengalami kesakitan yg teramat sangat dan minta agar pelajar tersebut di x-ray. Tapi doktor kata tak perlu sebab gastrik sahaja.

BlueHope balik ke tempat kursus bersama rakan kerana ibu pelajar itu telah sampai ke hospital. Lebih kurang pukul 5.30 pagi keesokan harinya, BlueHope mendapat panggilan telefon dari rakan mengatakan pelajar tersebut telah meninggal dunia kerana mengalamai pendarahan di dalam perutnya. Tali usus pelajar tersebut dikatakan berbelit dan pecah sehingga mengakibatkan kematian.

Bulan ini genap setahun peristiwa itu berlaku dan sentiasa dalam kenangan BlueHope. Kita tidak faham kenapa perbezaan seperti ini berlaku. Adakah semata-mata kerana pihak hospital ini memberikan perkhidmatan percuma, maka layanan dan rawatan yg diberi pun ala kadar sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Kesihatan utk menitikberatkan lagi tentang isu-isu seperti ini.

2 comments:

SRISUFI said...

NILAI sebenar bagi perkhidmatan pelanggan bukannya terletak pada hasrat dan kata-kata yang banyak terdapat pada piagam pelanggan, banner, broser dan bebagai kaedah pengiklanan oleh organisasi, tetapi ianya adalah keupayaan yang dimiliki serta perlaksanaannya yang efektif oleh organisasi itu sendiri.

Tapi saya memang sangat setuju, di mana2 perkhidmatan hospital umum selalunya agak 'lembab'.

bluehope said...

Bukan setakat lembab, doktor dan jururawatnya bukan main 'tunjuk action' lagi terutamanya bila pesakit2 tu nampak mcm org yg tak berpelajaran. ikut suka mereka nak layan macam mana.