Pemimpin yang kita ada sekarang ini adalah terdiri dari pelbagai bangsa yang kononnya akan mewakili bangsa-bangsa mereka. Namun adakah mereka betul-betul mewakili bangsa atau sebaliknya dan hanya mewakili kepentingan dirinya sahaja?
Yang pastinya, orang yang paling mudah untuk dipilih sebagai pemimpin adalah orang yang punya banyak 'dosa dan rahsia besar'. Kenapa mereka? Kerana orang seperti ini adalah orang yang takut dan orang yang takut hanya akan menurut perintah sahaja demi untuk kebaikan dirinya.
Orang yang takut juga merupakan orang yang akan bersyukur dengan apa yang ada dan tidak akan meminta-minta. Maka orang yang tidak meminta-minta adalah orang yang paling disuka kerana tidak 'menghabiskan harta'.
Ramai pemimpin kita yang terdiri dari golongan seperti di atas. Sebab itulah rakyat 'meronta-ronta' kerana dahagakan pembelaan dan inginkan pembaharuan. Rakyat sudah pasti ingin merasakan betapa berbaloinya mereka mengundi bila hak mereka dibela dan rintihan mereka didengar.
Wahai pemimpin bangsa.... bangunlah dan sedarlah! Anak-anak bangsa anda menanti 'suara anda'!
No comments:
Post a Comment