Sunday, April 19, 2009

EXAM STRESS!!!

Orang baru... maka idealogi dan prinsip pun mesti nak buat yang baru. Pendek kata, segala-galanya nak ubah kepada cara yang baru. Transformasi lah katakan...

Tidak ketinggalan juga di mana sistem pendidikan negara pun bakal melalui pembaharuan mulai tahun depan di mana penentuan gred bagi seseorang murid tidak lagi bergantung kepada peperiksaan semata-mata. Bagus...sangat bagus! Bermaksud murid2 UPSR, PMR dan SPM tak perlulah tension sangat setiap kali tiba peperiksaan awam.

Ini kerana satu sistem penilaian dan penggredan secara menyeluruh atau holistik akan diperkenalkan dengan memasukkan sekali penilaian ke atas kecerdasan akademik (penilaian berasaskan sekolah - ujian mingguan, bulanan dan penggal), sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum. Ianya bertujuan untuk menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan dan akhirnya kelihatan seperti mengabaikan aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya.

Ini lah sistem yang guru2 Malaysia nanti-nantikan... Respons daripada para guru dikatakan adalah amat positif. Ye ke? Tambahan pula, kononnya sistem ini tidak akan membebankan para guru kerana sebahagian pendekatan sistem itu sudah pun dimulakan.

Ini kata BlueHope! Apa pula kata cikgu-cikgi di luar sana? Hermmmm......



4 comments:

Khairul Onggon said...

Wah.. patut gitu lama dahhhhhh kan.. kan.. kan... harap2 kali ni betul2 punya bukan murid2 jadi bahan eksperimen lagi.. :)

kandot65 said...

Masyarakat menilai kecemerlangan sesebuah sekolah adalah berdasarkan keputusan peperiksaan awam setiap tahun. Langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan transformasi tersebut merupakan satu proses inovasi dalam sistem penilaian yang ada sekarang. Sebenarnya proses tersebut memang sudah ada dalam sistem penilaian bagi beberapa subjek pada masa kini. Sekarang, terpulang bagaimana implementasinya pada peringkat sekolah dengan garis panduan yang telah/akan ditetapkan oleh kementerian. Bagi guru, tugas dan beban kerja sudah pasti bertambah. Terfikir jugak apakah kesannya kepada pelajar yang semakin "terbeban" sepanjang masa waktu persekolahan.

Gadget Gokil !@#* said...

been there 2! thx God saya tak perlu ujian lagi karena masa2 itu sudah lewat. tapi jadi nostalgia karena blog anda. heheehehe

bluehope said...

Khairul Onggon,
Murid dan guru yg pening kepala..

Kandot,
Cakap tidak semudah membuatnya, kan?

GadgetGokil,
Ya betul, thanks God kita dah lepas dari zaman tu.