Friday, October 23, 2009

JEJAK PERMATA DITAMATKAN...













ADALAH DGN INI... DIMAKLUMKAN BAHAWA BLOG INI AKAN DITUTUP UTK SELAMA-LAMANYA. INI KERANA PENULIS BLOG INI TELAH DIDAKWA ATAS KESALAHAN MEMALSUKAN MAKLUMAT...

JUTAAN TERIMAKASIH KPD SEMUA PENGIKUT DAN PELAWAT BLOG INI.

SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.

Yang menurut perintah,






(MR X)
Setiausaha sulit

Monday, October 12, 2009

ABC LANGGAR DINDING...












ABC langgar dinding... itu la yg nenek aku selalu sebut bila merujuk kpd org yg tak pandai mbaca.

Kat sekolah abg aku ramai pelajar yang ABC nyer melanggar dinding. Ada satu kelas nih ada 10 org pelajar Cina. Rupa ada, kulit diorang agak gelap la. Selalu nyer Cina nih putih2 melepak. Rupa2 nyer diorang dari keluarga ekonomi rendah, hidup susah la katakan. Kene la buat apa yg patut utk tambah pendapatan. Tengok uniform sekolah pon dh dapat agak yg diorang nih hidup susah. Ada yg tak gosok langsung uniform sekolah sbb takde iron kt rumah. Yg amoi2 nyer plak bukan main bergaya lagi. Budak2 kelas tu panggil diorang 'amoi saloon' sbb asyik dgn sikat dan cermin je. Rambut diikat fesyen pokok kelapak.

Satu hari tu (di minggu pertama persekolahan), abg aku mula memperkenalkan subjek PSK (Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) dan maksud2 yg patut. Alaaa... subjek ringan je tu!

Abg aku pon tanya la apa maksud kewarganegaraan... so tanya la si amoi comel yg sorang nih! Si amoi tu respon,"Haiya... sie loooo...". Menunjukkan yg dia tak tau la tuh! Pastu abg aku suruh dia eja perkataaan kewarganegaraan. Dia geleng kepala, pastu cakap Cina dgn geng dia. Abg aku pon tanya kat kawan dia, apa dia kata. Kawan dia kata si amoi comel tu tak pandai membaca dan mengeja.

Wakakakakakakaka..... apa la. Harap muka je lawa tapi ABC melanggar dinding. Besor nanti nak jadi ape??? "China doll"??? Adoiiii... pening kepala lauser... ingatkan mathematics genius tadi, rupa2 nyer mental jenuh!!! Adoiii...

Friday, October 2, 2009

TOLONG... TOLONG!!!





















PETIKAN2 BERITA UTUSAN ONLINE...

PETIKAN 1

Malaysia bawa pulang penuntut Malaysia dari Padang

02/10/2009 2:38am

KUALA LUMPUR 1 Okt. — Malaysia malam ini menghantar tiga pesawat tentera ke Padang dalam misi membawa pulang hampir 300 penuntut Malaysia yang terlibat dengan kejadian gempa bumi di Sumatera barat Indonesia, petang semalam.

Tiga pesawat pengangkut jenis Hercules, yang membawa 26 orang termasuk 11 wakil media berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 11.45 malam menuju ke Padang.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab yang berada di pangkalan itu berkata pesawat yang membawa pulang penuntut terbabit di jangka tiba di Pangkalan TUDM pada 5.00 pagi Jumaat.


Bagus la camtu. Kita selamatkan orang2 kita dulu. Itu yang terbaik! Bluehope salute kerajaan Malaysia yg amat prihatin. Hidup Malaysia!


PETIKAN 2

Pasukan Mercy ke Sumatera Barat

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Dua pegawai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) berlepas ke wilayah Sumatera Barat, Indonesia hari ini dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.

Mercy Malaysia dalam satu kenyataan di sini memberitahu, dua ahli tersebut ialah Pegawai Kanan Program Mercy Malaysia, Maria Lauranti dan seorang sukarelawan, Oh Boon Haan.

Mereka berlepas ke wilayah negara itu dengan penerbangan AirAsia untuk menyertai pasukan perubatan lain di negara tersebut.

Kenyataan itu menambah, Mercy Malaysia akan turut menghantar bantuan keperluan asas kepada mangsa gempa bumi tersebut seperti ubat-ubatan, peralatan untuk tempat perlindungan sementara dan bekas untuk mengisi air bersih.


Alahaii... baik nyer orang Malingsia, kan, kan, kan?


PETIKAN 3

Indonesia mohon bantuan

JAKARTA 1 Okt. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat.

Beliau berharap dengan semangat kerjasama ASEAN dan negara sahabat, mereka boleh menghulurkan bantuan seberapa segera ke kawasan yang dilanda gempa itu.


Ishhhh, ishhh, ishhh.... tak kan nak mintak tolong bangsa yang jahat, pencuri dan pemalas? Orang Malingsia la katakan! Kan, kan, kan...???