Sunday, March 29, 2009

KUCHING - IBU NEGERI SARAWAK

Kuching juga sebuah BANDARAYA, namun tidak lah seperti gelarannya!






Untuk tujuan shopping, tempat2 yg boleh dituju adalah:-
1. The Spring
2. Boulevard Mall
3. Riverside Parkson Grand
4. Sarawak Plaza
5. Tun Jugah
6. Wisma Saberkas
7. Lebuh India

Tetapi ramai juga pengunjung2 luar yang mengakui bahawa Bandaraya Kuching hanya umpama 'the living museum' yg dilawat utk menikmati sejarah dan keunikan bangunan, tempat, adat budaya serta penduduknya sahaja. Tetapi kalau untuk tujuan membeli-belah mereka lebih memilih untuk pergi ke Miri. Ini adalah kerana Miri mpunyai tempat2 membeli-belah yang lebih menarik daripada di Kuching.

'Boulevard Mall' dan 'The Spring' baru beroperasi di Kuching semenjak tahun 2008. Tetapi penduduk Miri sudah lama membeli-belah di 'Boulevard Mall' mereka. Pelancong dari Berunai dan negara seberang lebih suka 'melabur duit' mereka di Miri daripada di Kuching. "Biasa saja ya...ngak seperti di Miri, lebih interesting!" kata seorang dari pengunjung salah sebuah pusat perubatan di Kuching semasa berbual dgn BlueHope.

Sbuah hypermarket iaitu 'e-mart' sedang dlm proses pembinaan di kawasan Matang Jaya. Penduduk Matang Jaya amat berbangga tapi orang Miri sudah biasa membeli barangan keperluan harian mereka di 'e-mart' Miri.

Persoalannya...mengapa BANDARAYA KUCHING - IBU NEGERI SARAWAK, kelihatan sperti ketinggalan dari segi pembangunan kalau dibandingkan dengan Miri? Apa pendapat orang Kuching???

Kalau nak cerita tentang BATANG AI lagi la sedih.........

4 comments:

jiji najiy said...

dolu jiha g sawarak 2005
daa lame daa.... x (
time tu ikut mama... hihi

erm ktorg stayed kt holiday inn KUCHING.. penah skali jiha jalan sengsorg kt dpn water front then nmpk org mabuk gado2... huhu
takut gakk... tp best shop kt kedai tepi2 tuh

then g MIRI... ktorg g gua mulu... mmg besh tp cian tgk bandar MIRI.. orgnye rumah besar2 tp bandarnye tidak berapa maju

TAPI beza btw semenanjung+borneo ialah
1. kt semenanjung masjid+surau merata-rata
2. kt sabah+sarawak byk church... rumah pn lh jadi church kann
then nakk cari mknan halal pn risau

irbika said...

tempat ya memang lah grand tapi gik best mun g ke pasar satok, pasar malam, tau pasar pagik... huh best!! nang sik sama ngan semenanjung!

Kelebar Malam said...

sarawak sebuah negeri yg aman dari segenap bidang. kita boleh hidup dgn baik walaupun berbilang kaum, agama atau fahaman politik. Kita boleh duduk dan makan semeja dan berbincang dgn aman tanpa sebarang pertelingkahan. Ini jauh berbeza dgn apa yg berlaku di negeri2 lain.

di sarawak, kita boleh melihat surau dan masjid di merata tempat sehinggan jarak antara sesebuah surau tak sampai 2 kilometer. keadaannya berbeza jika kita pergi ke kawasan bukan Islam dan sememangnya terdapat lebih banyak gereja atau kuil berbanding dgn surau/masjid. ini jelas menunjukkan betapa kita di sarawak mengamalkan kebebasan beragama dan kita tidak meroboh dgn sewenang-wenangnya tpt agama kaum-kaum lain.

Makanan halal juga mudah didapati di seluruh pelusuk negeri sarawak kecuali jika kita pergi ke perkampungan bukan Islam sahaja. jadi jgn takut ke negeri sarawak, anda boleh menikmati juadah yg sedap-sedao lagi halal. Yg penting di sini ialah bertanya kat mana makanan halal yg sedap-sedap. dikebanyakkan bandar, pekan atau pasaraya memiliki kedai2 makanan halal milik orang ISLAM.

Syapheer said...

Itulah masalah Bandaraya Kuching. Pembangunannya pesat tetapi berselerak...jadi KELIHATAN ketinggalan pembangunnya, tak nampak sangat. Urban sprawl kat Kuching terlalu besar untuk bilangan penduduknya.

Compare dgn tempat lain seperti Miri and KK. Pembangunan dipusatkan di satu atau dua kawasan jadi pembangunan tu memang nampak sangatlah.

Of course kalau definisi pembangunan ialah tempat shopping...Kuching agak ketinggalan compare dgn miri. Pembangunan dari segi aspek lain...agaknya Kuching boleh tahan gak.

SOURCE: http://en.wikipedia.org/wiki/Kuching