Semalam BlueHope terjumpa kakak kepada jiran kakak BlueHope. Memang pernah berbual-bual dengan kakak ni masa pergi ke rumah kakak suatu ketika dulu.
Dalam berbual-bual tu, terselit jugak kisah anak kakak ni (yang jadi atlit kat Bukit Jalil). Katanya, sekarang anak nye dah balik Kuching. Tak involve lagi dengan sukan sebab banyak kebajikannya yang terabai especially dari segi pendidikan.
Kata kakak ni, takkan nak bersukan je. Kalau seumur hidup dapat bersukan takpe jugak. Sekurang-kurangnya bagi la peluang yg sama rata untuk budak2 tu bersekolah. Kelayakan akademik tak seberapa, camne nak cari keje. Konon2 masuk universiti tapi dalam setahun tak sampai 10 kali pun masuk kuliah sebab kene attend intensive training sukan.
BlueHope tanya anak nye sekarang wat ape. Kakak tu kata, duduk kat rumah je. Hari tu cuba apply keje kat ofis2 tapi gagal sebab kelayakan akademik takat SPM je. Bila ditunjukkan sijil2 sukan, diorang kata sijil tu tak leh tolong dapat keje. Diorang nak pengalaman atau kelayakan yg berkaitan dgn keje yg dipohon.
Mana ada peluang nak dapat pengalaman2 sedemikian atau belajar kemahiran2 lain selain dari bersukan je. Anak kakak ni masa kat Bukit Jalil, pagi2 dah mula training. Petang masuk kelas, itu pun berebut2 masuk kelas dan dengan keadaan yang letih. Dah tak dapat nak konsentret dengan pelajaran.
Insentif...takyah cakap, kata kakak ni. Tak setimpal dengan tenaga dan masa budak2 ni. Bila dah tak involve lagi, takde pun diorang nak tolong dapatkan keje untuk budak2 tu. Yg dulu2 tu bukan takat jadi penganggur je, tapi kaki lepak terhormat.
Bagi BlueHope, budak2 atlit yang berhenti bersukan samada diberhentikan ataupun berhenti secara sukarela harus diberi perhatian yang serius. Kita tidak mahu masyarakat memandang sukan sebagai membazir masa dan peluang anak2 mereka utk berjaya dalam hidup. Adalah menjadi tanggungjawab Majlis Sukan Negeri/Negara untuk menjaga kebajikan atlit2 yang pernah mengharumkan nama negara tanpa mengambil kira kenapa mereka berhenti bersukan.
Di antara sebab lain mereka berhenti melibatkan diri dengan sukan adalah elaun yang 'dimain-main' oleh pihak tertentu. Takkan sukan pun nak dipolitikkan. Please laa...budak2 tu budak2 remaja. Mereka sepatutnya menyediakan diri mereka dengan ilmu secukupnya untuk persiapan masa depan mereka.
BlueHope juga ada dengar2 cerita sorang dari bekas atlit ni takat keje kat farmasi je dengan gaji RM450.00 sahaja. Dulu waktu jadi atlit bukan main famous lagi, berita2 dan gambar2 keluar di suratkhabar2 dan majalah2 sukan. Sekarang ni APA DAH JADI???
alkisah ~
14 years ago
3 comments:
Hi Bluehope, biasalah tu politik... Kalau nak, bukan main lagi, kalau dah x nak, dia buang begitu saja. Umpama habis madu, sepahnya dibuang. hehehe
janji tinggal janji... munafik!
Contoh terdekat adalah pasukan terjun dari Sarawak yg tak ada masa depan langsung. Apa tindakan MSSN ttg isu ini?
Post a Comment