Monday, March 9, 2009

APA NIH...APA KES???

Kekejaman Israel terhadap orang Palestin...apa perasaan anda bila menatap gambar ini? Siannnn....kan, kan, kan!!! Sasaran bom dan peluru tidak mengenali mereka...wanita, kanak-kanak, orang tua atau orang kurang upaya...semua akan menjadi mangsa tanpa adanya perasaan belas dan kasihan.

Letupan bom, bunyi tembakan senapang, darah dan nyawa2 yg terkorban adalah sesuatu yg sudah biasa bagi mereka.

Ehhh....ni kat mane pulak nih??? Kat Palestin...isshhh, mcm familiar jer tengok scenery nih tapi di mana yer???

Main sepak2 lak... Nape muka pun mcm muka org kat sini???? Ooooo...kat Malaysia rupa nyer! Nape cam same jer ngan senario kat Palestin?? Nak tiru diorang ke??

Inikah yg kita mau? Negara kebanggaan kita yg aman dan damai...tapi apa dah jadi?? Hanya semata2 kerana isu PPSMI boleh jadi mcm nih?? Mesti ke PPSMI tu dimansuhkan?? Bak kata sorang kengkawan blog kita, Bahasa Inggeris tu kan ilmu jugak. Ape salahnya kita belajo??

Nape tak wat demo utk tentang kelab2 malam @ pusat karaoke yg tumbuh mcm cendawan? Nape tak wat demo utk tentang bisnes pelacuran yg semakin menjadi2 sekarang nih atau kemasukan PATI yg semakin melimpah2?

Kenapa nak menentang ilmu? Hilang ke maruah bangsa kita kalo belajar bahasa orang lain?? Semasa PPSMI diperkenalkan oleh Tun M dulu, tujuan beliau adalah utk memajukan bangsa Malaysia ke persada dunia. Agar kita juga punya saintis yg hebat, teknologi yg canggih...salah ker???

BlueHope sesungguh nyer amat konpius dgn isu2 mcm nih. Ader je salah nyer.... Lagipun BlueHope suke tengok bebudak sekarang nih pandai guna terma2 Sains dlm Bahasa Inggeris. Menampakkan kegeniusan mereka...

"Human basic needs are as such; food, water, air and shelter. They need all these to stay alive", anak buah BlueHope yg berumo 10 tahun mengeluarkan kenyataan nih semasa dia baru nak duduk makan pada suatu petang.

BlueHope pun tanya dgn muka selamba, "shelter tuh apa maksud nyer?"

"Tempat tinggal..." jawab nyer dgn bangga sbb dah mampu menguasai satu perkataan BI yg ramai lagi org dewasa tak tau maksud nyer.

BlueHope pun tumpang bangga dgn kecerdikan nyer.

4 comments:

gotahlantun said...

EDEN STUJU DENGAN POST KAU NI BRO.
SEMUANYA INI UNTUK MASA DEPAN ANAK2SEBENARNYA.

SEMALAM PERHIMPUNAN MAULUDIRASUL, TAK RAMAI PLAK YANG TURUN. HEBAT PENDIDIKAN AGAMA PUAK2 PAS DAN PKR.

Shitsurei Shimashita said...

sebenarnya isu PPSMI ni takkan menjadi hal besar jika kajian terperinci di adakan.
dalam menguasai ilmu Sains dan Matematik, maka tak kira dalam bahasa apa pun hendaklah digalakkan.
jgn kita melihat isu ini sebagai isu politik tertutup( rigid).

kepada anak2 yg dapat bertutur BI dgn baik adalah satu kebanggaan. Namun mesti diingat adakah ia berlaku secara diri atau melalui pendidikan? Ada 4 jenis pelajar dlm BI atau bahasa lain iaitu boleh tulis tak mahir bercakap, boleh bercakap tp x mahir menulis atau bagus kedua2nya skali atau 'out 'terus.

Penggunaan kamus di skolah2 amat berkurangna berbandinng dgn kita dulu. Teknik pengajaran BI mestilah dikemaskinikan seiring dgn edaran zaman. Asas spelling, reading and saying mesti dijadikan batu asas. Bagaimana? sebelum kelas bermula adakan spelling for 10 words with the meaning. Maka para pelajar dpt memperbaiki vocabulary mereka. Selepas itu guru2 boleh menyuruh mereka buat short poem, essay atau apa saja berkenaan dgn BI.

sbgai cth:Sun

The Sun is hot
The Sun is round
You are high above the sky
shining like the star


atau : chicken

Chicken lays...
Chicken have....

contoh2 di atas secara tak langsung telah mendidik anak2 kita tentang sains bukan? apatah lagi lagu kanak2 seperti Twinkle2 little star or baba black sheep. di sinilah peranan ibu bapa menerangkan maksud lagu tu bila ditanya oleh mereka.

seperti kita belajar agama Islam, kita bermula dgn BM kemudian kita tingkatkan lagi dgn pelajari B.Arab utk menambah pengetahuan ilmu kita dan memudahkan kita memperkembangkan ilmu itu utk org yg tak sama keupayaan akal dgn kita. Ini dapat membantu pembangunan ilmu bahasa dan penggunaan ilmu yg diterjemahkan itu sendiri utk rakyat kita.

dalam konteks penguasaan bahasa, seseorang itu mesti didedahkan selalu. Sebagai contoh, pendidikan asas BI adalah dirumah, tadika, sekolah rendah hingga ke universiti. Bagi ibubapa yg tidak mahir berbahasa inggeris bukan alasan anak tidak boleh berbahasa inggeris. Maka minat terhadap bahasa inggeris mesti disemai dalam pengajaran bahasa inggeris itu sendiri.

sebenarnya Bahasa Melayu/Malaysia/tulisan jawi adalah identiti org Melayu sendiri. Bak kata Imam besar masjid negara smalam, kita tak punya tangan (pemerintah) yg boleh mengubah sesuatu hal tp kita punya lidah dan hati (selemah iman) dalam menegakkan sesuatu hal itu.

jika pelajar yg lemah dalam BI tapi diminta belajar PPSMI maka ia seperti sati kezaliman..mcm kita paksa anak kita makan nestum tp x mo kerana bubur dia taknak makan. Maka apakah tindakan kita? Hal ini bukan hanya berlaku di luar bandar malah dibandar2 besar.

saya pernah melihat bagaimana seorang anak warganegara China yg tidak tahu cakap BI tp hasil didikan berterusan (moral support & incentives factor) oleh gurunya maka dia sudah boleh bertutur dgn baik. Tetapi di Malasysia penekanan yg terlalu ketat terhadap tatabahasa BI membuat pelajar bosan.

Biar salah dahulu kemudian betulkan, let them speak even broken english but gradually improving them. Kita punya byk guru TESL, TOFEL dsb namun kualiti seorang guru itu mesti dititiberatkan.

kepada pelajar2 luar bandar yg ironinya punya dialek/loghat sendiri maka kelas tambahan BI boleh diadakan, tambahkan hari BI di sekolah dari 1 hari ke 3hari dgn menggenakan denda yg dapat menaikkan semangat mereka belajar dan bertutur BI.

dalam hal PPSMI ini ia berlegar dgn isu perlembangaan yg banyak sgt klausa ya. Namun disebalik kekusutan yg melanda negara ini terdapat satu injakan iaitu memahami isipati perlembangaan negara kita yg dahulu kita malas nak amik port pun.

maafnya bluehope, di atas adalah pendapat saya sahaja. mgkn da kekurangan isinya tapi diharap kita dapat berkongsi pandangan dan berhujah dgn sewajarnya

irbika said...

tepuk dada tanya selera? siapa betul siapa salah!

bluehope said...

Amboi, shimashita. Bunyik cam hujah2 cikgu nih! Cikgu ker??? BlueHope sesangat curiga la. Terer tol bagi idea ttg cara2 nak mengajor bebudak sekolah nih!!!

Tapi idea cukup beras...ehh, bernas! Korang baca nih cikgu2, jgn tak baca.