Tuesday, March 3, 2009

KES BULI (PART 1)

Kes buli semakin menjadi-jadi. Salah siapa dan di manakah silapnya????

Ibubapa menunding jari kepada pihak sekolah (guru), pihak sekolah (guru) pula menyalahkan pelajar, pelajar menyalahkan ibubapa mereka, masyarakat menyalahkan pihak sekolah. Begitulah rentetannya...siapa salah dan siapa dipersalahkan!!

Inilah sikap kita. Kita tidak mudah untuk menerima hakikat bahawa salah kita adalah salah kita. Tetapi menyalahkan orang lain walaupun sesuatu perkara itu adalah tanggungjawab kita.

Kita lihat dari akar umbinya. Anak-anak yg lahir ke dunia ini umpama kain yg putih bersih. Ibubapa adalah pencoraknya. Buruk 'warna' yg dicurahkan pada kain tersebut, maka 'buruk' jugalah hasilnya. Lima hingga enam tahun ibubapa berpeluang utk mencorakkan anak-anak dgn segala 'design' yg sepatutnya. Selepas itu, guru-guru mereka hanya maintainkan sahaja.

Tetapi..bila berlaku perkara2 yg tdk diingini, dgn pantas jari2 ibubapa ini menundingkan jari kpd guru. "Cikgu tdk menjaga anak kami dgn baik." "Cikgu tdk mendidik anak kami dgn smpurna." "cikgu itu, dan cikgu ini."

Tetapi bila anaknya berjaya dlm pelajaran...."anak aku mmg pandai, sbb kami mak bapak mereka org pandai". "sebab kami didik mereka dgn baik"

1 comment:

Shitsurei Shimashita said...

susah skrg, hingga latihan kadet infatri pun lesu x ganas sebab ti kata membuli plak..alahai manjanya diaorg skrg. ( yg over stilah kita tegur kan)