Wednesday, March 25, 2009

MEMBUKA PEKUNG DI DADA - UMNO

Biasanya kita dinasihatkan agar tidak perlu nak membuka pekung di dada. Kenapa??? Kerana ianya mungkin boleh mencemarkan nama dan maruah diri kita.

Kali ni BlueHope nak bercakap tentang PEKUNG DI DADA UMNO. Perlukah pekung itu dibuka??? Mmg perlu demi rakyat.

Terlebih dahulu, BlueHope ucapkan tahniah dan syabas kpd pihak UMNO dan BN, kerana telah dgn begitu berani membuka pekung di dada demi utk kebaikan semua pihak. Kita sedia mklum, bukan semua ahli UMNO dan BN yg mpunyai pekung di dada ini, tapi malangnya hnya kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. Namun, demi utk meraih semula sokongan dan kepercayaan rakyat, tindakan demi tindakan harus diambil bagi mana2 kesalahan yg boleh meragut amanah rakyat.

Kenapa baru sekarang??? Kenapa tidak dari dulu lagi??? Adakah pihak tertinggi UMNO dan BN tidak tahu menahu akan pekung yg menular ini ataupun tau tapi malu dan tutup sebelah mata sahaja??? MEMBUKA PEKUNG DI DADA...memalukan kah??? Ya, mmg memalukan. Tetapi pekung yg disimpan selama ini telah mjadikan UMNO dan BN sakit tenat dan kita bimbang akhirnya akan mbawa maut.

BlueHope tertanya2, kenapa tak buka sahaja pekung itu dan rawat??? Bagi BlueHope, tidak salahnya sekarang UMNO dan BN membuka pekung tersebut, dan cuba sedaya-upaya utk merawatnya agar boleh mjadi sembuh dan kuat semula. Dan rakyat pun tidak akan mual dan geli dgn keburukan pekung tersebut.

Pucuk kepimpinan UMNO hendaklah memastikan bhwa UMNO terutamanya adalah utk melayu yg memperjuangkan ketuanan melayu, bangsa, agama dan bahasa. Pihak UMNO dan BN perlu berubah dan mengenepikan personal interest mereka yg merosakkan tujuan asal berparti. Rakyat sudah pasti bersedia dan tertunggu2 utk melihat perubahan2 ini.