Friday, May 8, 2009

MASALAH PELAJAR SEKARANG

BlueHope suka nak mgetengahkan masalah2 yg dihadapi oleh pelajar-pelajar masa kini. Dan info2 ini BlueHope dpt kan dri kakak BlueHope yg bkerja sbagai srg guru. Hampir stiap hari kakak BlueHope balik kerja dgn mgeluh tntang karenah pelajar-pelajarnya. Di antara kes2 disiplin di sekolahnya yg sempat BlueHope dgar dari kakak adalah:-

1. tabiat suka mnulis pkataan lucah dan mlukis gambar2 lucah - hasil siasatan sgelintir dri kes mbukiti bahawa pelajar2 ini tdedah dgn VCD lucah di rumah sendiri (koleksi simpanan ayah)

2. minum alkohol bagi pelajar muslim - pengaruh kawan dan ayah juga minum minuman alkohol

3. pakaian seragam sekolah tidak kemas - masalah dalaman yg dihadapi oleh pelajar dri rumah

4. rambut bwarna dan fesyen yang tidak dibenarkan - ikut trend semasa dan pengaruh kawan

BlueHope amat kagum dgn kperihatinan semua guru dan juga Kementerian Pendidikan kerana sentiasa berusaha utk mgurangkan masalah2 seperti ini dan mampu menanganinya dgn baik.

Namun BlueHope agak sedikit tkilan kerana masalah2 ini bukannya berpunca dari pihak sekolah ataupun sistem pendidikan yg ada masa kini. Tetapi kebanyakan masalah yg timbul di sekolah adalah berpunca dari rumah. Sistem kekeluargaan yg semakin merosot sekarang ini telah mghasilkan remaja2 yg bermasalah. Lebih menyedihkan lagi, masalah2 ini seolah2 tidak dpt ditangani oleh kbanyakan ibu bapa sehingga mereka myerah bulat2 kpd pihak sekolah utk myelesaikan masalah anak2 mereka. Lebih teruk lagi, terdapat ibu bapa yg sanggup mnunding jari kpd pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan atas apa yg berlaku kpd anak mereka dan myalahkan sistem pendidikan tidak mampu melahirkan pelajar yg berkualiti dan berakhlak baik.

Tepuk dada dan tanya selera. Ibu bapa adalah guru pertama anak2. Setiap sikap dan budaya yg ditunjukkan oleh anak2 adalah hasil dari sikap dan budaya yg diamalkan oleh ibu bapa sendiri.
BlueHope rasa kursus atau ceramah keibubapaan haruslah dilaksanakan dgn lebih byk dan kerap di semua peringkat (kampung, perumahan, daerah dan negeri). Wakil rakyat harus masuk campur di dalam perkara seperti ini demi utk mengurangkan masalah2 sosial semakin menular di tempat mereka.

3 comments:

Ayu Zan said...

em..betul tu..
saya setuju dgn ceramah kesedaran yg seharusnya diberikan pd ibu bapa..ada kes yg terjadi pd seorang anak kampung saya(sy pnh tulis dlm blog sy) terjebak dgn GAM tapi ibu bapa still buat xkisah..

bluehope said...

Alasannya, ibu bapa sekarang ni sibuk.. Ingatkan cikgu2 yg jaga anak2 mereka tak sibuk ke, tak ada anak or suami/isteri ke?

kirana said...

Nang menar. Kirana penah nengar seorang mak mengeluh,"coba lah sekolah anak aku ya satu sesi. Sak nya di sekolah dari pagi sampei ke petang. Sik biuk palak aku nanga olah anak ku rumah".

Ingat dak cikgu ya babysitter ka? Daknya sikda anak sendirik nok dijaga, leka nok ngintu anak urang jak!