Monday, May 4, 2009

APA MATA, PANDANG... ADA TELINGA, DENGAR... ADA MULUT, DIAM???

BlueHope ada menulis ttg ketua kampung di entri yang lepas. Kali ni ada juga kaitan dengan ketua kampung.

Ada seorang student ni telah di soal siasat oleh guru disiplin di sekolahnya tentang kes memeras ugut. Jadi student ni kata dia bukan memeras ugut tapi menagih hutang. Bila ditanya hutang apa, student ni kata hutang beli pil 'nospen'.

So, student ni disiasat lebih lanjut lagi. Dia bekerja menjual pil nospen setiap hujung minggu di tempat letak kereta Saujana (Kuching) dgn gaji sebanyak RM30 - 50 sehari. Dia tidak tinggal bersama keluarganya (ibu bapa bercerai) dan datuk pula tidak sanggup menghadapi kerenah cucu yang nakal ini. Dia cuma tinggal di rumah kosong di kampung nya. Katanya lagi, kebanyakan dari remaja kampung itu adalah pembeli pil nospen darinya.

Persoalannya, adalah selama ini ketua kampung atau AJK kampung tidak tahu akan kegiatan negatif yang berlaku di kampung mereka? Kalau tahu, apakah tindakan yang telah mereka buat? Apa pula pihak yang berwajib boleh buat utk membantu? Dan apakah peranan wakil rakyat yg bertanggungjawab ke atas kampung ini? Memang tidak dinafikan bahawa kampung itu sudah rosak akhlak remajanya. Sudahlah kampung melayu... amat memalukan!

4 comments:

kirana said...

Melayu mudah lupa...

dukunlintahplk said...

penyakit masyarakat negara 'maju'.. hanya pedulikan diri sendiri sahaja.. yang x kaitan x pyh ambil peduli.. tp jgn lupa kalau dibiarkan berleluasa ujong2 anak/ keluarga sendiri terjebak..

cdanhash said...

Ramai yang inginkan jawatan... tetapi gagal memberikan perkhidmatan...

bluehope said...

Dukun Lintah,
Memang penyakit manusia, penyakit sosial yg susah nak diubat.

Cdanhash,
Memang betul. Semua berebut2 hendak kan jawatan tapi tidak mementingkan tujuan yg sepatutnya.