Sunday, March 8, 2009

TEKA-TEKI DI BATANG AI

Terlebih dulu, takziah buat keluarga mendiang YB Dublin Unting (ADUN Batang Ai). Kehilangan beliau akan dirasai bukan sahaja oleh keluarganya, malah seluruh penduduk Batang Ai. Beliau yang merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan juga menteri muda sukan dan pertanian Sarawak adalah seorang wakil rakyat yang cukup berdedikasi dan komited dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak amnya, dan di Batang Ai khasnya.

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak dijangka akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini. Siapakah yg bakal menjadi calon di Batang Ai? Sudah pasti calon dari PRS atau SNAP akan bersedia untuk turun padang. Siapa lagi yang mampu memahami penduduk Iban di Batang Ai kalau bukan wakil2 dari parti2 tempatan. Kepada pengundi2 kaum Dayak...fikir dan kaji siapa yg perlu diundi kerana kebijaksaan anda akan menentukan masa depan anda.

Di antara orang yang dalam perhatian adalah seperti:
1. Malcolm Mossen Lamoh - jurutera tempatan di Jabatan Pertanian yang juga merupakan salah seorang dari kawan rapat kepada mendiang

2. Linang Merejon - jurutera Petronas Carigali, orang sekampung dengan mendiang (rumah panjai Sebangki, Lubok Antu) yg disegani oleh penduduk tempatan

3. 2 orang 'Nelson' - Nelson Naga Alam, setiausaha sulit mendiang dan Nelson Mujah Girie, pegawai daerah Lubok Antu

Kita tunggu dan lihat.....SIAPA YANG KENAAAA......

3 comments:

Shitsurei Shimashita said...

bagi saya kalo calan tu benar2 dan betul bagus, jujur, baik dan mesra rakyat serta x kaki bodek sgt maka eloklah kita undi x kira parti mana.(trek perkhidmatan yg bagus)

saya suka tgk wakil rakyat yg berhemat dan berkhidmat utk rakyat. Walk with the talk.

bluehope said...

Mmg betul tu, shimashita. BlueHope akan sokong habis-habisan pemimpin yg boleh membela nasib rakyat.

Dengar2 khabar angin, ramai yg berkenan dgn yg nama nelson tpi tak tau la plak nelson yg mana satu. Dia org kata si nelson ni mesra rakyat dan disegani oleh penduduk tempatan jgak.

OK la tuuuu..... BlueHope sokong sgt2.

gotahlantun said...

SEMOGA MASIH ADA PEMIMPIN YANG BERJIWA BAWAHAN.

RAKYAT BANYAK SANGAT RINDUKAN PEMIMPIN YANG SEPERTI INI.