Saturday, April 4, 2009

GURU BERPOLITIK?

Wajarkah guru berpolitik?

Pada pandangan BlueHope, atas alasan apa sekali pun memang tidak wajar seorang guru (walau DG mana sekalipun) untuk melibatkan diri dalam politik. Alasan nya mudah sahaja, politik bukan satu perkara yg mudah. Banyak masa, tumpuan dan tenaga akan diperlukan untuk bergiat diri dalam politik. Sedangkan semua aspek itu harus digunakan untuk fokus kepada pentadbiran sekolah. Sekolah yang hanya mengandungi tidak sampai 2000 org pelajar dan 200 guru pun susah nak diurus, inikan pula masyarakat setempat.

BlueHope tertanya-tanya, bagaimana sekiranya seorang guru DG41 atau DG48 itu adalah seorang penyokong parti pembangkang? Adakah beliau akan diambil tindakan atau tetap diberi peluang juga untuk terus bergiat dalam perjuangan politiknya?

BlueHope bimbang senario seperti di bawah ini akan berlaku di sekolah.

Guru : OK, murid-murid. Hari ini kita akan belajar melukis bulatan. Selepas ini nanti kita akan membuat bulatan seperti ini. Jadi, murid-murid tidak perlu membuat barisan lagi jika nak masuk kelas atau di kantin.

Murid A : Cikgu, maksudnya kita kena berbaris dalam bulatan ke, cikgu?

Guru : Ye, murid-murid. Mulai sekarang, kita hanya akan berbaris dalam bentuk bulatan sahaja. Sebab berbaris dalam barisan sudah lapuk ditelan zaman. Kita nak buat pembaharuan. Faham tak?

Murid-murid : FAHAM, CIKGU!!!

4 comments:

kueh bakar said...

tak wajar

BUNG ADI said...

sanguru: fahammm..(maksud dailog). tahniah!

taipingmali said...

salam bloggers,

saya telah berpeluang malam ini untuk melawat blog tuan malam ini dan telah membuat pautan ke blog saya,

terima kasih

bluehope said...

Tugas guru kini tidak semudah zaman dulu. Dulu guru fokus dgn mengajar dan mendidik tapi kini guru lebih sibuk dengan 'clerical work' dan fail2 yg tak sudah2.

Lagipun, kalau guru melibatkan diri dgn politik, banyak masalah akan timbul terutamanya dari segi pengaruh ke atas pelajar.