Sunday, March 29, 2009

KUCHING - IBU NEGERI SARAWAK

Kuching juga sebuah BANDARAYA, namun tidak lah seperti gelarannya!






Untuk tujuan shopping, tempat2 yg boleh dituju adalah:-
1. The Spring
2. Boulevard Mall
3. Riverside Parkson Grand
4. Sarawak Plaza
5. Tun Jugah
6. Wisma Saberkas
7. Lebuh India

Tetapi ramai juga pengunjung2 luar yang mengakui bahawa Bandaraya Kuching hanya umpama 'the living museum' yg dilawat utk menikmati sejarah dan keunikan bangunan, tempat, adat budaya serta penduduknya sahaja. Tetapi kalau untuk tujuan membeli-belah mereka lebih memilih untuk pergi ke Miri. Ini adalah kerana Miri mpunyai tempat2 membeli-belah yang lebih menarik daripada di Kuching.

'Boulevard Mall' dan 'The Spring' baru beroperasi di Kuching semenjak tahun 2008. Tetapi penduduk Miri sudah lama membeli-belah di 'Boulevard Mall' mereka. Pelancong dari Berunai dan negara seberang lebih suka 'melabur duit' mereka di Miri daripada di Kuching. "Biasa saja ya...ngak seperti di Miri, lebih interesting!" kata seorang dari pengunjung salah sebuah pusat perubatan di Kuching semasa berbual dgn BlueHope.

Sbuah hypermarket iaitu 'e-mart' sedang dlm proses pembinaan di kawasan Matang Jaya. Penduduk Matang Jaya amat berbangga tapi orang Miri sudah biasa membeli barangan keperluan harian mereka di 'e-mart' Miri.

Persoalannya...mengapa BANDARAYA KUCHING - IBU NEGERI SARAWAK, kelihatan sperti ketinggalan dari segi pembangunan kalau dibandingkan dengan Miri? Apa pendapat orang Kuching???

Kalau nak cerita tentang BATANG AI lagi la sedih.........

Friday, March 27, 2009

PAPA JAHAT....

Tahniah kerana TERPILIH sebagai ketua pemuda UMNO yg baru. Bertuahnya UMNO dapat org mcm KJ ni, kan, kan, kan??? Harap2 KJ dpt mbawa perubahan yg memberangsangkan...

"Memang rahsianya ialah dari segi kerja keras selama enam bulan sehingga membolehkan saya berjumpa dengan hampir semua perwakilan."

PAPA JAHAT...
PAPA KERJA KUAT...
BILA-BILA...
YERRR....
TAK KIRE MASE....
BILA-BILA..

Lagu di atas adalah ilham yg BlueHope ambik dari blog sorang teman. Pinjam jap yerrr... nak tolong menyohorkan maklumat, ikhlasss....

Bukan skrip BlueHope ni tau, BlueHope pinjam jer nihh....on loan!!!

Wednesday, March 25, 2009

MEMBUKA PEKUNG DI DADA - UMNO

Biasanya kita dinasihatkan agar tidak perlu nak membuka pekung di dada. Kenapa??? Kerana ianya mungkin boleh mencemarkan nama dan maruah diri kita.

Kali ni BlueHope nak bercakap tentang PEKUNG DI DADA UMNO. Perlukah pekung itu dibuka??? Mmg perlu demi rakyat.

Terlebih dahulu, BlueHope ucapkan tahniah dan syabas kpd pihak UMNO dan BN, kerana telah dgn begitu berani membuka pekung di dada demi utk kebaikan semua pihak. Kita sedia mklum, bukan semua ahli UMNO dan BN yg mpunyai pekung di dada ini, tapi malangnya hnya kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. Namun, demi utk meraih semula sokongan dan kepercayaan rakyat, tindakan demi tindakan harus diambil bagi mana2 kesalahan yg boleh meragut amanah rakyat.

Kenapa baru sekarang??? Kenapa tidak dari dulu lagi??? Adakah pihak tertinggi UMNO dan BN tidak tahu menahu akan pekung yg menular ini ataupun tau tapi malu dan tutup sebelah mata sahaja??? MEMBUKA PEKUNG DI DADA...memalukan kah??? Ya, mmg memalukan. Tetapi pekung yg disimpan selama ini telah mjadikan UMNO dan BN sakit tenat dan kita bimbang akhirnya akan mbawa maut.

BlueHope tertanya2, kenapa tak buka sahaja pekung itu dan rawat??? Bagi BlueHope, tidak salahnya sekarang UMNO dan BN membuka pekung tersebut, dan cuba sedaya-upaya utk merawatnya agar boleh mjadi sembuh dan kuat semula. Dan rakyat pun tidak akan mual dan geli dgn keburukan pekung tersebut.

Pucuk kepimpinan UMNO hendaklah memastikan bhwa UMNO terutamanya adalah utk melayu yg memperjuangkan ketuanan melayu, bangsa, agama dan bahasa. Pihak UMNO dan BN perlu berubah dan mengenepikan personal interest mereka yg merosakkan tujuan asal berparti. Rakyat sudah pasti bersedia dan tertunggu2 utk melihat perubahan2 ini.

Thursday, March 19, 2009

APA DAH JADI DENGAN ATLET2 SARAWAK???

Semalam BlueHope terjumpa kakak kepada jiran kakak BlueHope. Memang pernah berbual-bual dengan kakak ni masa pergi ke rumah kakak suatu ketika dulu.

Dalam berbual-bual tu, terselit jugak kisah anak kakak ni (yang jadi atlit kat Bukit Jalil). Katanya, sekarang anak nye dah balik Kuching. Tak involve lagi dengan sukan sebab banyak kebajikannya yang terabai especially dari segi pendidikan.

Kata kakak ni, takkan nak bersukan je. Kalau seumur hidup dapat bersukan takpe jugak. Sekurang-kurangnya bagi la peluang yg sama rata untuk budak2 tu bersekolah. Kelayakan akademik tak seberapa, camne nak cari keje. Konon2 masuk universiti tapi dalam setahun tak sampai 10 kali pun masuk kuliah sebab kene attend intensive training sukan.

BlueHope tanya anak nye sekarang wat ape. Kakak tu kata, duduk kat rumah je. Hari tu cuba apply keje kat ofis2 tapi gagal sebab kelayakan akademik takat SPM je. Bila ditunjukkan sijil2 sukan, diorang kata sijil tu tak leh tolong dapat keje. Diorang nak pengalaman atau kelayakan yg berkaitan dgn keje yg dipohon.

Mana ada peluang nak dapat pengalaman2 sedemikian atau belajar kemahiran2 lain selain dari bersukan je. Anak kakak ni masa kat Bukit Jalil, pagi2 dah mula training. Petang masuk kelas, itu pun berebut2 masuk kelas dan dengan keadaan yang letih. Dah tak dapat nak konsentret dengan pelajaran.

Insentif...takyah cakap, kata kakak ni. Tak setimpal dengan tenaga dan masa budak2 ni. Bila dah tak involve lagi, takde pun diorang nak tolong dapatkan keje untuk budak2 tu. Yg dulu2 tu bukan takat jadi penganggur je, tapi kaki lepak terhormat.

Bagi BlueHope, budak2 atlit yang berhenti bersukan samada diberhentikan ataupun berhenti secara sukarela harus diberi perhatian yang serius. Kita tidak mahu masyarakat memandang sukan sebagai membazir masa dan peluang anak2 mereka utk berjaya dalam hidup. Adalah menjadi tanggungjawab Majlis Sukan Negeri/Negara untuk menjaga kebajikan atlit2 yang pernah mengharumkan nama negara tanpa mengambil kira kenapa mereka berhenti bersukan.

Di antara sebab lain mereka berhenti melibatkan diri dengan sukan adalah elaun yang 'dimain-main' oleh pihak tertentu. Takkan sukan pun nak dipolitikkan. Please laa...budak2 tu budak2 remaja. Mereka sepatutnya menyediakan diri mereka dengan ilmu secukupnya untuk persiapan masa depan mereka.

BlueHope juga ada dengar2 cerita sorang dari bekas atlit ni takat keje kat farmasi je dengan gaji RM450.00 sahaja. Dulu waktu jadi atlit bukan main famous lagi, berita2 dan gambar2 keluar di suratkhabar2 dan majalah2 sukan. Sekarang ni APA DAH JADI???

Monday, March 16, 2009

BLOGGERS ONLY MAKE NOISE???

INI PETIKAN DARI ARTIKEL SURATKHABAR ...........AND THIS IS WHAT DATO SRI DR JAMES MASING SAYS!!

Parti Rakyat Sarawak (PRS)president Dato Sri Dr James Masing says the emergence of many pro-opposition Dayak bloggers is not a true representation of the feeling of the majority of the Dayak community. These bloggers tend to make a lot of noise, but I do not believe they represent the majority. Just because they are bloggers they make a lot of noise and incite the people.

Yet, the majority of people in Sarawak are not inclined towards that kind of thinking. The community in general are more rational in their thinking. Some bloggers must also ‘walk the talk’ rather than just making criticisms.

I welcome positive criticism. If ignored, human civilisation will never move forward, that’s what I always think. But don’t criticise for the sake of criticising.

SO..DAYAK BLOGGERS, WHAT SAY U?

Saturday, March 14, 2009

TEKA-TEKI SUDAH TERJAWAB

Akhirnya...yg ditunggu dh tiba.

Malcolm Mussen ak Lamoh, jurutera dri Jabatan Pertanian Swak dcalonkan utk mwakili Barisan Nasional bgi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pd 7 April yg akn dtg.

Malcom Mussen ak Lamoh brasal dri Lubok Antu dan bapa kpd 3 cahaya mata, adlah mrupakn pmegang Ijazah Sarjana Pembuatan Sistem Kejuruteraan dari Universiti Warwick dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian) dari Univerisiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau telah dcalonkan oleh presiden PRS, Datuk Dr James Masing, krna beliau dkatakan mrupakan calon yg tbaik yg bleh memenangi pilihanraya tsebut.

Manakala Pakatan Rakyat mgkin akan mnurunkan Ketua Penaja PKR Batang Ai iaitu Nicholas Bawin sebagai calonnya di Batang Ai nanti.

Friday, March 13, 2009

DS AZALINA - WHAT'S UP?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mbuat siasatan ke atas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said. Betul ke? Knapa akhir2 ni mcm2 kes dan isu yg kluar? Adakh ini yg dkatakn kpekaan krajaan ataupun respon dri cbran yg dlontr oleh rkyat dan pbangkang?

Apa yg akan dsiasat?
1. Kes pnemuan wang tunai yg dpercayai bjumlah RM100,000 dlm krta srg pgawai knan beliau smasa SPRM mlakukan srbuan ke sbuah rstoran di Jln Ampang pd hri Rabu yg lpas.

2. Dakwaan pnyalahgunaan dana bgi mgnjurkan satu mjlis kmntriannya, ttpi ttamu yg hadir adalh tdiri dari ahli dan pmimpin Umno

DS Azlina akan dpanggil SPRM utk mberi kterangan bhubung kdua2 dkwaan tsebut. Pgawai SPRM jga tlah myerbu pjabat beliau di Tingkat 36, Menara Dato' Onn dan mrampas sjmlah dokumen dan myoal siasat bbrpa pgawai di kmntrian itu.

DS Azalina myatakan ksediaan beliau utk mberi sbrg mklmat mgenai dkwaan di atas. Tahniah! Berani krna benar. Sbar je DS Azlina. Skrang ni smua pihak nak jatuhkn sesapa yg ptut. So...every YBs should be prepared. You could be the next person yg akan dtentang oleh 'mrka'.

BlueHope bdoa agar pmimpin2 yg tak bsalah akn dlindungi dari segala kjahatan yg sdg mnular dan bleluasa skrng ini. Amiiiinnnn.....

Tuesday, March 10, 2009

ALHAMDULILLAH...SEJUK MATA DEN MENENGOK NYER!!

Nihhhhh....tengok nihh!!! Bukak mata korang besor2. Korang berbalah bagai nak rak kat luar tuh. Tengok pemimpin kesayangan kita nih...makan minum, duduk semeja pulak tuhh... Korang tak dapat ke ikut contoh sebaik nih. Semua isu kalo dibawa berbincang, mesti ader penyelesaiannya. Ni tak...skit2 wat demo, skit2 bantah! BlueHope dah kata...pemimpin2 ni tak ler seperti yg kita buruk sangka...yg buruk nyer penyokong2. Perangai mcm bebudak!!!

PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar ada kat sini atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub @ Tok Ayah sempena majlis Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor .

Insaf leee...insaf! BlueHope sesangat insaf menatap foto nihh!!! Wat dosa jerr BlueHope mengumpat diaorang sana sini. Tu larr...org tua slalu cakap, "selidik dulu, jgn buruk sangka, jgn wat pitenah!" Issshhhh...insaf tahap gaban dan ntah ape2 tahap yg ader!!!!

Monday, March 9, 2009

APA NIH...APA KES???

Kekejaman Israel terhadap orang Palestin...apa perasaan anda bila menatap gambar ini? Siannnn....kan, kan, kan!!! Sasaran bom dan peluru tidak mengenali mereka...wanita, kanak-kanak, orang tua atau orang kurang upaya...semua akan menjadi mangsa tanpa adanya perasaan belas dan kasihan.

Letupan bom, bunyi tembakan senapang, darah dan nyawa2 yg terkorban adalah sesuatu yg sudah biasa bagi mereka.

Ehhh....ni kat mane pulak nih??? Kat Palestin...isshhh, mcm familiar jer tengok scenery nih tapi di mana yer???

Main sepak2 lak... Nape muka pun mcm muka org kat sini???? Ooooo...kat Malaysia rupa nyer! Nape cam same jer ngan senario kat Palestin?? Nak tiru diorang ke??

Inikah yg kita mau? Negara kebanggaan kita yg aman dan damai...tapi apa dah jadi?? Hanya semata2 kerana isu PPSMI boleh jadi mcm nih?? Mesti ke PPSMI tu dimansuhkan?? Bak kata sorang kengkawan blog kita, Bahasa Inggeris tu kan ilmu jugak. Ape salahnya kita belajo??

Nape tak wat demo utk tentang kelab2 malam @ pusat karaoke yg tumbuh mcm cendawan? Nape tak wat demo utk tentang bisnes pelacuran yg semakin menjadi2 sekarang nih atau kemasukan PATI yg semakin melimpah2?

Kenapa nak menentang ilmu? Hilang ke maruah bangsa kita kalo belajar bahasa orang lain?? Semasa PPSMI diperkenalkan oleh Tun M dulu, tujuan beliau adalah utk memajukan bangsa Malaysia ke persada dunia. Agar kita juga punya saintis yg hebat, teknologi yg canggih...salah ker???

BlueHope sesungguh nyer amat konpius dgn isu2 mcm nih. Ader je salah nyer.... Lagipun BlueHope suke tengok bebudak sekarang nih pandai guna terma2 Sains dlm Bahasa Inggeris. Menampakkan kegeniusan mereka...

"Human basic needs are as such; food, water, air and shelter. They need all these to stay alive", anak buah BlueHope yg berumo 10 tahun mengeluarkan kenyataan nih semasa dia baru nak duduk makan pada suatu petang.

BlueHope pun tanya dgn muka selamba, "shelter tuh apa maksud nyer?"

"Tempat tinggal..." jawab nyer dgn bangga sbb dah mampu menguasai satu perkataan BI yg ramai lagi org dewasa tak tau maksud nyer.

BlueHope pun tumpang bangga dgn kecerdikan nyer.

Sunday, March 8, 2009

TEKA-TEKI DI BATANG AI

Terlebih dulu, takziah buat keluarga mendiang YB Dublin Unting (ADUN Batang Ai). Kehilangan beliau akan dirasai bukan sahaja oleh keluarganya, malah seluruh penduduk Batang Ai. Beliau yang merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan juga menteri muda sukan dan pertanian Sarawak adalah seorang wakil rakyat yang cukup berdedikasi dan komited dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak amnya, dan di Batang Ai khasnya.

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak dijangka akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini. Siapakah yg bakal menjadi calon di Batang Ai? Sudah pasti calon dari PRS atau SNAP akan bersedia untuk turun padang. Siapa lagi yang mampu memahami penduduk Iban di Batang Ai kalau bukan wakil2 dari parti2 tempatan. Kepada pengundi2 kaum Dayak...fikir dan kaji siapa yg perlu diundi kerana kebijaksaan anda akan menentukan masa depan anda.

Di antara orang yang dalam perhatian adalah seperti:
1. Malcolm Mossen Lamoh - jurutera tempatan di Jabatan Pertanian yang juga merupakan salah seorang dari kawan rapat kepada mendiang

2. Linang Merejon - jurutera Petronas Carigali, orang sekampung dengan mendiang (rumah panjai Sebangki, Lubok Antu) yg disegani oleh penduduk tempatan

3. 2 orang 'Nelson' - Nelson Naga Alam, setiausaha sulit mendiang dan Nelson Mujah Girie, pegawai daerah Lubok Antu

Kita tunggu dan lihat.....SIAPA YANG KENAAAA......

Tuesday, March 3, 2009

HUKUMAN MEROTAN

Perlukah hukuman merotan diaktifkan semula di sekolah2? Terpulang kpd keperluan dan kes disiplin yg ditangani. "Kalau tak wat salah...ape nak ditakutkan!" Kita ajor lah anak2 kita spy berdisiplin, jgn harapkan cikgu jeee...sian cikgu!

Zaman BlueHope sekolah dulu, penah jgak beberapa kali kene rotan. Kesalahan - tak menyiapkan homework, bermain dalam kelas dan bergaduh. Bila balik ke rumah, repot kat mak....berdesaaaap!!!! Singgah 1 kali lagi rotan ke punggung! Aduhhhh.....saliha!!! Bisaaaa nyer punggung ku! Sampai mengeliat mcm cacing kepanasan. Semenjak dari itu, BlueHope tobat tak wat repot lagi kat umah. Mak kata, "sendiri buat, sendiri tanggung. Jgn tehegeh2 nak mengadu. Wat2 manja kunun!" Amboiiii...ganas nyer mak aku nih!

Tapi zaman sekarang nih, mak bapak tak suka anak mereka dirotan. Alasan, "kami tak rotan mereka kat umah pun, apa hak cikgu nak rotan anak aku?" Amboiiii...cantik nyer alasan, kan? Ko jaga anak berapa org kat umah, cikgu kat sekolah bagai nak rak jaga 40 org anak org. Tu baru 1 kelas...paling2 1 cikgu masuk 5 kelas. Tak gile nama nyer?

Tapi kan, smenjak BlueHope disambar hambatan rotan cikgu dan ibu hari tu, tu la kali terakhir BlueHope wat salah kat sekolah. Efffective, kan?? Sampai la niiii..... BlueHope tak mati pun kene rotan, menjadi insan yg berguna lagi ader... Tima kasih lah cikgu kerana menyedarkan ku dari 'terkeluar landasan'.

Think of the bright side..hukuman merotan akan menjadi ingatan kpd anak2 sekiranya dah terkene sekali. Biar anak2 takut akan hukuman rotan dari peringkat umur sekolah rendah lagi agar mereka juga akan takutkan hukuman rotan di peringkat 'kebangsaan' spti hukuman rotan atas kesalahan mengedar dadah. "Rotan jgak yg singgah kat buntut tu tau,bukan bantal yg empuk.." Lagi dahsyat sebatannya, sampai terbelah isi buntut. Bior anak2 takut awal2... Prevention is better than cure...ingat tuh!!!

KES BULI (PART 1)

Kes buli semakin menjadi-jadi. Salah siapa dan di manakah silapnya????

Ibubapa menunding jari kepada pihak sekolah (guru), pihak sekolah (guru) pula menyalahkan pelajar, pelajar menyalahkan ibubapa mereka, masyarakat menyalahkan pihak sekolah. Begitulah rentetannya...siapa salah dan siapa dipersalahkan!!

Inilah sikap kita. Kita tidak mudah untuk menerima hakikat bahawa salah kita adalah salah kita. Tetapi menyalahkan orang lain walaupun sesuatu perkara itu adalah tanggungjawab kita.

Kita lihat dari akar umbinya. Anak-anak yg lahir ke dunia ini umpama kain yg putih bersih. Ibubapa adalah pencoraknya. Buruk 'warna' yg dicurahkan pada kain tersebut, maka 'buruk' jugalah hasilnya. Lima hingga enam tahun ibubapa berpeluang utk mencorakkan anak-anak dgn segala 'design' yg sepatutnya. Selepas itu, guru-guru mereka hanya maintainkan sahaja.

Tetapi..bila berlaku perkara2 yg tdk diingini, dgn pantas jari2 ibubapa ini menundingkan jari kpd guru. "Cikgu tdk menjaga anak kami dgn baik." "Cikgu tdk mendidik anak kami dgn smpurna." "cikgu itu, dan cikgu ini."

Tetapi bila anaknya berjaya dlm pelajaran...."anak aku mmg pandai, sbb kami mak bapak mereka org pandai". "sebab kami didik mereka dgn baik"