
PETIKAN2 BERITA UTUSAN ONLINE...
PETIKAN 1
Malaysia bawa pulang penuntut Malaysia dari Padang
02/10/2009 2:38am
KUALA LUMPUR 1 Okt. — Malaysia malam ini menghantar tiga pesawat tentera ke Padang dalam misi membawa pulang hampir 300 penuntut Malaysia yang terlibat dengan kejadian gempa bumi di Sumatera barat Indonesia, petang semalam.
Tiga pesawat pengangkut jenis Hercules, yang membawa 26 orang termasuk 11 wakil media berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 11.45 malam menuju ke Padang.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab yang berada di pangkalan itu berkata pesawat yang membawa pulang penuntut terbabit di jangka tiba di Pangkalan TUDM pada 5.00 pagi Jumaat.
Bagus la camtu. Kita selamatkan orang2 kita dulu. Itu yang terbaik! Bluehope salute kerajaan Malaysia yg amat prihatin. Hidup Malaysia! PETIKAN 2
Pasukan Mercy ke Sumatera Barat
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Dua pegawai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) berlepas ke wilayah Sumatera Barat, Indonesia hari ini dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.
Mercy Malaysia dalam satu kenyataan di sini memberitahu, dua ahli tersebut ialah Pegawai Kanan Program Mercy Malaysia, Maria Lauranti dan seorang sukarelawan, Oh Boon Haan.
Mereka berlepas ke wilayah negara itu dengan penerbangan AirAsia untuk menyertai pasukan perubatan lain di negara tersebut.
Kenyataan itu menambah, Mercy Malaysia akan turut menghantar bantuan keperluan asas kepada mangsa gempa bumi tersebut seperti ubat-ubatan, peralatan untuk tempat perlindungan sementara dan bekas untuk mengisi air bersih.
Alahaii... baik nyer orang Malingsia, kan, kan, kan?
PETIKAN 3
Indonesia mohon bantuan
JAKARTA 1 Okt. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat.
Beliau berharap dengan semangat kerjasama ASEAN dan negara sahabat, mereka boleh menghulurkan bantuan seberapa segera ke kawasan yang dilanda gempa itu.
Ishhhh, ishhh, ishhh.... tak kan nak mintak tolong bangsa yang jahat, pencuri dan pemalas? Orang Malingsia la katakan! Kan, kan, kan...???