Wednesday, July 29, 2009

RAHSIA MENGENALI DIRI MELALUI WAJAH



Pernahkan ini berlaku pada anda? Pernahkah anda mengeluh bila melihat cermin kerana melihat diri anda yang tidak seperti yang anda inginkan?





DAHI

Dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.

Kerut tunggal yang mendatar di antara mata menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

TELINGA

Telinga jabing menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.

Telinga runcing menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.


CUPING TELINGA

Kerut tegak di cuping telinga menunjukkan anda harus berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.

Cuping telinga bersambung dengan rusuk kepala menunjukkan anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.


BULU KENING

Bulu kening bertemu di tengah menunjukkan akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening selalu tidak teratur dan liar menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.


MATA

Mata berdekatan satu sama lain menunjukkan anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata berjauhan satu sama lain menunjukkan anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata ke dalam menunjukkan anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata tersembul menunjukkan anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.


HIDUNG

Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung menunjukkan anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung berbentuk seperti bawang menunjukkan anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.
b

MULUT

Sudut mulut melengkung ke atas walaupun tidak tersenyum bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut melengkung ke bawah secara semulajadi bererti anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.


GIGI

Berada ruangan di antara gigi depan menunjukkan anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Dua gigi depan yang besarmenggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.


DAGU

Dagu runcing bererti anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu lemah bererti anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.


TAHI LALAT

Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.

Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.

Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan.

Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.

Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.

Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.

Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.

Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.

Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.

(DIPETIK DARI SATU LAMAN WEB YG TAK INGAT PULAK NAMA NYE! SORRY, BUKAN MENCIPLAK... PINJAM JAP!)


Sunday, June 28, 2009

HARI-HARI BOS MARAH!

Bos Bluehope ni agak panas baran org nya. Hari2 takde mood dan hari2 jgak nak marah2. Dulu bukan main handsome lagi org tua tu, sbb hari2 nak marah rambut pun makin luruh.

Ini lah dialog syahdu antara dia dan aku hari Jumaat yg lepas:


Bos : Nape tak dtg meeting?

Bluehope : Saya pegi attend meeting kat branch!

Bos : Nape tak bagi tau aku dulu? Yg ko memandai pegi watpe?

Bluehope : Kan saya dh bagi tau bos yg saya kene attend meeting kt branch. Bos jgak yg arah kan saya pegi.

Bos : Bila mase lak ko ade bagitau aku ko nak pegi?

Bluehope : Ade bos tapi masa tu bos tengah marah2. Sbb tu bos tak dengar ape yg saya cakap.

Bos : Yg ko bangang sgt bagi tau aku waktu aku tengah marah2 watpe?

Bluehope : Abih tuh, bile lak mase nyer bos takde marah2. Hari2 bos marah2, langsung tak bagi chance pun saya nak cakap ape2. Sbb urgent sgt, saya cakap je la...

Bos : Huhhhh... bodoh, bangang! Mana tak aku ni tak marah hari2 kalo dpt pkerja bangang camni!

Bluehope : Aiiikkkk... ape aku dh buat? Issshhhhh... aku yg bangang jadinya.

Monday, June 22, 2009

MAJIKAN DERA PEMBANTU RUMAH


Gambar hiasan sahaja.










Petikan dari akhbar:

Petikan 1:
KUALA LUMPUR, Malaysia – A woman has been charged with scalding her Indonesian maid with hot water and hurting her with scissors and a hammer.

Hau Yuan Tyng, 43, pleaded not guilty in a Kuala Lumpur court Thursday to three charges of causing hurt to Siti Hajar Sadli _ in one case allegedly using hot water; in another, a hammer; and in a third, a pair of scissors.

If found guilty, the single mother of two could face a maximum of 43 years in prison and whipping, he said.

Hau also pleaded not guilty to a separate charge of failing to renew Siti Hajar's work visa, which expired in July last year, an offense that carries a jail term of up to a year, Manoharan said.

Hau, who worked part time at a maid agency, was released on bail pending the next court hearing on July 22 but has to surrender her passport to the court and report to police regularly, he said.

Siti Hajar, 33, escaped earlier this month after working for Hau for three years in a luxury condominium. Photographs of Siti Hajar's reddened, scalded body were widely publicized, sparking anger in neighboring Indonesia.

Some 320,000 foreigners, mostly Indonesians, work as maids in Malaysia. Most complain of unpaid wages, but some also claimed they were physically abused.

The Malaysian government earlier this week said it would change its labor laws to give maids a weekly rest day and other benefits such as compensation for accidents at work. They will also get a list of telephone contacts for embassy, police and welfare officials to report abuse.


Yang pastinya... ini masalah psikologi manusia dan tidak ada kaitan dgn kewarganegaraan. Masalah pderaan blaku dimana2, bukan stakat kpd org lain malah dikalangan keluarga sndiri dan negara ini sendiri.


Petikan 2:

JAKARTA (AFP) - - Indonesia is considering plans to temporarily stop sending its domestic helpers to Malaysia due to the abuse and mistreatment they sometimes suffer in the neighbouring country, a report has said.

Malah ada yg telah mgelarkan Malaysia sebagai sebuah negara pelarian utk pdatang asing.. uihhhhh, celupor nya mulut! Bluehope cadangkan kerajaan Malaysia jgn terima langsung kehadiran pekerja2 asing ni spya tidak timbul masalah2 sperti ini. Mana2 pekerja asing yg ada tu... anta je la balik ke negara masing2. Ape2 hal nanti, kita jgak yg kene maki!!!

Saturday, June 13, 2009

HOSPITAL UMUM SARAWAK

Semalam BlueHope pegi ke HUS utk melawat kakak yg baru bersalin...baby girl! Nak cari parking, satu problem besar. Pusing sampai 4 kali, masih takde kosong. So... last2 BlueHope dgn selamba je parking kt tempat kakitangan hospital. Ramai sgt ke org yg sakit skrang ni? Or kemudahan parking ni dh tak dpt mnampung ptambahan pduduk masa kini, terutamanya ptambahan pduduk yg tak sihat.

Sekarang ni HUS dlm proses renovation. OK, la tuh! Makin cantik! Yg BlueHope fed-up smalam tuh, nk naik Level 2 tpi kene tunggu lama sbb lif2 masih dibaiki. Sbb salah level, nk turun balik ke Level 1. Punya la lama menunggu lif. Yg herannya, kalau lif tak leh pakai, nape tak bukak ke jalan2 guna tangga tu. Senang plawat nk turun naik drpda buat bodo je depan lif tu.

Yg tak menarik nyer plak, masa BlueHope bercadang nak guna tangga dari Level 2 turun ke Level 1, ni la pemandangan yg BlueHope nampak.... eeeiiwwww...

Ni pun belum dasat lagi, ada tangga kat bawah tu lagi kotor. BlueHope baru je nak ambik gambar, dah kene halau oleh pekerja kat situ.

Camni punya kotor hospital. Patut le org yg sakit kat situ tak sihat2 pun. Tercemar....

Thursday, June 11, 2009

BALASAN KAH ITU???

Lima tahun yg lepas, cousin BlueHope mintak cerai dari suaminya sbb ingin kembali ke pangkuan boyfriend lamanya. Boyfriend dia tu sntiasa bhubung dgn nya spanjang dia dh jadi isteri org (ala2 skandal la tu). Lepas bcerai dan tamat tempoh edah, cousin BlueHope ni pun kawen la dgn boyfriend tsayang dia nih.
Tapi baru2 ni cousin BlueHope dtg ke rumah dan citer la ttg pgolakan rmhtangganya. Katanya suaminya sedang mjalinkan hubungan dgn sorang janda. Dia tengah tension skrang ni, tak tau nak buat ape!!!

BlueHope takde la jgak perasaan kasihan, simpati atau sedih dgn masalahnya. Malah BlueHope teringin nak kata,"padan muka kau, camtu kau buat suami kau dulu, camtu jgak la suami kau skrang buat kat kau! Apa kau rase... orennnn???"

Tapi... tak boleh la BlueHope nak cakap camtu kat dia, kan? Kejam nama nya tu...

Monday, June 8, 2009

KAUM DAYAK SARAWAK

Ramai org salah anggap ttg kaum Dayak dgn menyangka bhwa kaum Dayak hanya tdiri dari org Iban atau Bidayuh shja. Mereka akan menyebut 'Dayak' bila mereka hendak merujuk kepada kaum Iban atau Bidayuh. Kaum Dayak adalah terdiri daripada:-
1. Iban
2. Bidayuh
3. Kayan
4. Kenyah
5. Murut
6. Dusun
7. Penan
8. Kelabit
9. Lun Bawang

Manakala Dayak Muslim adalah:
1. Melanau
2. Kadayan
3. Bisayah
4. Bakumpai
5. Ilanun












ORANG ULU (KAYAN, KELABIT, KENYAH, MURUT DAN LAIN2)











ORANG IBAN






ORANG BIDAYUH

Monday, June 1, 2009

MANGSA 'AH LONG', SALAH SIAPA?

Kerana wang, nyawa melayang! Kerana hutang, diperlaku seperti binatang!






Pernahkan anda melihat iklan2 seperti ini? Banyak, sangat banyak dan terlalu banyak iklan sprti ini ditampal di merata2 tempat dari dinding ke tiang telefon. Bagaimana iklan sprti ini sgt mudah mperdayakan kita??? Dgn syarat2 yg begitu longgar dan mudah serta dgn kelulusan pinjaman yg tdk smpai 5 minit anda boleh dpt pinjaman sprti yg diperlukan. Nak pinjam dgn bank, byk syarat2 yg kena dipatuhi. Mesti seorang pekerja bpendapatan tetap yg mpunyai slip gaji adalah diantara syarat utama. Nak salahkan bank sbb mengenakan syarat2 sprti ini??? Bank pun kena selamatkan bisnes mereka jgak. Kalau tidak mereka pun tpaksa kejar peminjam kesana dan kemari!

Mengapa jadi begini? Salah siapa? Salah peminjam sendiri!!! Sebelum dipinjamkan, sudah tentu mereka telah diberitahu ttg syarat2 peminjaman dan interest yg perlu dibayar. Bak kata pepatah, berani buat berani tanggung. Dah hutang wang tapi susah nak bayar...

BlueHope ada seorang rakan yg telah meminjam drpda 'ah long' semenjak tahun lepas. Pada mulanya bayaran dibuat dgn baik tapi lama-kelamaan bayaran semakin merosot. Akhirnya 'ah long' asyik dtg ke pejabat utk menagih hutang. Sendiri malu, majikan pun malu... Nasib baik tidak diperlakukan seperti yg kita lihat di dlm gambar ini..

SELAMAT HARI GAWAI TO ALL DAYAKS













SELAMAT HARI GAWAI DAYAK KPD SEMUA KAUM DAYAK DI SELURUH PELUSUK MALAYSIA. SEMUGA PERAYAAN TAHUN INI MEMBAWA KEGEMBIRAAN DAN TUAH SEPERTI YG DIHARAPKAN.

Monday, May 25, 2009

1 MALAYSIA, 1 SARAWAK??

Di antara petikan artikel dari 'The Borneo Post Online'

LAMBIR: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) dapat menjadi wadah penting dalam membantu mewujudkan konsep 1Sarawak sejajar dengan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Jika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia, kita di sini pula ada 1Sarawak,” kata Presidennya, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Tegasnya, perkara penting yang perlu dilakukan oleh Saberkas juga adalah mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di negeri ini sejajar dengan kehidupan masyarakat yang saling menghormati dan bekerjasama.

Dapat ke dibuat? Yang pastinya para pemimpin kita kena uruskan dulu tentang persefahaman dan kerjasama di antara setiap kaum. Ini la part yg bakal mencabar kebijaksanaan pemimpin2 kita... Sesama kaum lagi kan berpecah-belah, inikan pula pelbagai kaum...

Friday, May 15, 2009

ANCAMAN BUTA SEJARAH

BlueHope terbaca satu keratan akhbar yg agak menarik hari ini yg menyentuh ttg betapa ramainya rakyat Malaysia yg buta sejarah. Kita seolah2 tidak tahu tentang kisah2 bersejarah yg berlaku di Malaysia selama ini. Dgn itu, ada pihak yg telah meminta agar mata pelajaran Sejarah wajib diajar mulai sekolah rendah lagi.

Satu idea yg sangat baik! Kita mula dari peringkat paling bawah sekali. Anak2 kita akan belajar Sejarah, sekaligus akan dibentuk semangat patriotik mereka terhadap negara tercinta dari peringkat umur yg muda lagi. Ini adalah kerana semangat patriotik ada kaitannya dgn pengetahuan Sejarah dlm diri seseorang rakyat Malaysia. Jika kita tidak tahu menahu ttg sejarah negara kita sendiri, maka jiwa kenegaraan pun akan berkurangan. BlueHope berharap agar dipertimbangkan isu ini.