Wednesday, May 13, 2009

APA NII??? KEJAP TAK SAH, KEJAP SAH!

BlueHope petik dari:-

Bernama - Tuesday, May 12

KUALA LUMPUR, May 11 (Bernama) -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin was declared the rightful Perak Menteri Besar by the High Court here today.

High Court (Appellate and Special Powers Division) judge Datuk Abdul Aziz Abd Rahim ruled that Nizar did not vacate the office of Menteri Besar as he had not lost the majority confidence of the state legislative assembly.

In this case, said Abdul Aziz, there was no vote of no confidence issued against Nizar.

"How can one say that the applicant (Nizar) had lost his majority confidence under Article 16(6) of the Perak Constitution?"

"Based on the democratic practice, the issue of the loss of majority confidence should only be taken by a vote of no confidence against the applicant (Nizar), only by this manner can a Menteri Besar be removed," Abdul Aziz, said in his written judgment which was delivered at 2.30pm.

Abdul Aziz, in his judgment, said that a Menteri Besar could not be dismissed by the Sultan of Perak for the reason that he did not hold the office at the sultan's pleasure.

The dismissal of the Menteri Besar by the Sultan of Perak was never contemplated by Article 16(6) of the Perak Constitution, he added.


Alahai!!! Hari tu lagi BlueHope dah terfikirkan tentang kelogikkan perkara ini. Tak kan org lain tak terfikir sperti BlueHope, kan? Bukan BlueHope je rasa2 nya, semua rakyat Perak pun terfikir perkara yg sama jugak.....

Monday, May 11, 2009

PRODUK TEMPATAN

Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatupadu dlm myahut seruan kerajaan. Contohnya mengenai program myokong dan mbeli produk2 tempatan. Selain drpd itu kerajaan sentiasa berusaha utk mbantu mengkormesialkan produk2 spti hasil2 pertanian dan perikanan demi utk mningkatkan lagi pdapatan petani dan nelayan serta berusaha mcapai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Diantara produk pertanian dan perikanan tempatan yang telah berjaya memasuki pasaran antarabangsa adalah seperti kerepek pisang dan ubi serta byk lagi. Perkara penting yg harus di ambil tindakan adalah seperti mendisplin serta mendidik para usahawan untuk lebih aktif dan maju dalam menceburi bidang seperti ini. Ianya juga adalah demi utk memastikan agar para usahawan lebih maju dan berjaya di masa2 akan dtg.

SOKONG LAH DAN BELI PRODUK TEMPATAN!

Saturday, May 9, 2009

KAWASAN MATANG

























(pemandangan di waktu malam di Jalan Matang yg berlatar belakangkan Gunung Serapi)

Dua hari yg lepas, BlueHope balik dari kawasan Telaga Air dan memandu di sepanjang Jalan Matang sehingga ke kawasan Taman Matang Jaya. Keindahan dan pembangunan yg ada di kawasan ini amat mengkagumkan. Dari satu kawasan yg berhutan dan berpaya, menjadi satu kawasan membangun yg amat memberangsangkan. Malah semasa BlueHope memandu pada waktu malam, BlueHope juga amat kagum dgan pemandangan di sepanjang kawasan Matang Jaya pada waktu malam.

Sebenarnya BlueHope pun baru perasan bahawa lampu2 jalan semakin banyak dan menerangi sepanjang Jalan Matang berbanding dgn tahun2 yg lepas. Kawasan2 perumahan yg tumbuh bak cendawan termasuklah kedai2 semakin bertambah. Siapa sangka kawasan hutan ini telah bertukar wajah sedemikian rupa.

Nampaknya wakil rakyat di kawasan Matang semakin peka dgn keperluan penduduknya. Semakin byk kemudahan disediakan di kawasan ini dan penduduknya semakin selesa. Malah BlueHope dengar ramai org yg berebut2 hendak mbeli rumah di kawasan sekitarnya utk menikmati kemudahan yg ada. SYABAS!!!

Friday, May 8, 2009

MASALAH PELAJAR SEKARANG

BlueHope suka nak mgetengahkan masalah2 yg dihadapi oleh pelajar-pelajar masa kini. Dan info2 ini BlueHope dpt kan dri kakak BlueHope yg bkerja sbagai srg guru. Hampir stiap hari kakak BlueHope balik kerja dgn mgeluh tntang karenah pelajar-pelajarnya. Di antara kes2 disiplin di sekolahnya yg sempat BlueHope dgar dari kakak adalah:-

1. tabiat suka mnulis pkataan lucah dan mlukis gambar2 lucah - hasil siasatan sgelintir dri kes mbukiti bahawa pelajar2 ini tdedah dgn VCD lucah di rumah sendiri (koleksi simpanan ayah)

2. minum alkohol bagi pelajar muslim - pengaruh kawan dan ayah juga minum minuman alkohol

3. pakaian seragam sekolah tidak kemas - masalah dalaman yg dihadapi oleh pelajar dri rumah

4. rambut bwarna dan fesyen yang tidak dibenarkan - ikut trend semasa dan pengaruh kawan

BlueHope amat kagum dgn kperihatinan semua guru dan juga Kementerian Pendidikan kerana sentiasa berusaha utk mgurangkan masalah2 seperti ini dan mampu menanganinya dgn baik.

Namun BlueHope agak sedikit tkilan kerana masalah2 ini bukannya berpunca dari pihak sekolah ataupun sistem pendidikan yg ada masa kini. Tetapi kebanyakan masalah yg timbul di sekolah adalah berpunca dari rumah. Sistem kekeluargaan yg semakin merosot sekarang ini telah mghasilkan remaja2 yg bermasalah. Lebih menyedihkan lagi, masalah2 ini seolah2 tidak dpt ditangani oleh kbanyakan ibu bapa sehingga mereka myerah bulat2 kpd pihak sekolah utk myelesaikan masalah anak2 mereka. Lebih teruk lagi, terdapat ibu bapa yg sanggup mnunding jari kpd pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan atas apa yg berlaku kpd anak mereka dan myalahkan sistem pendidikan tidak mampu melahirkan pelajar yg berkualiti dan berakhlak baik.

Tepuk dada dan tanya selera. Ibu bapa adalah guru pertama anak2. Setiap sikap dan budaya yg ditunjukkan oleh anak2 adalah hasil dari sikap dan budaya yg diamalkan oleh ibu bapa sendiri.
BlueHope rasa kursus atau ceramah keibubapaan haruslah dilaksanakan dgn lebih byk dan kerap di semua peringkat (kampung, perumahan, daerah dan negeri). Wakil rakyat harus masuk campur di dalam perkara seperti ini demi utk mengurangkan masalah2 sosial semakin menular di tempat mereka.

PENGIKUT KE 100

Jutaan terima kasih kepada Encik Hasyuda Abadi, seorang sasterawan gigih dari Sabah kerana menjadi pengikut blog Jejak Permata yang ke 100. Sesungguhnya BlueHope amat berbangga di atas kunjungan seorang ilmuan seperti anda.

Bagi pembaca yang ingin mengikuti perkembangan penulisan beliau, boleh kunjungi beliau di:



http://usul-mengenal-asal.blogspot.com/


Thanks again!

Monday, May 4, 2009

APA MATA, PANDANG... ADA TELINGA, DENGAR... ADA MULUT, DIAM???

BlueHope ada menulis ttg ketua kampung di entri yang lepas. Kali ni ada juga kaitan dengan ketua kampung.

Ada seorang student ni telah di soal siasat oleh guru disiplin di sekolahnya tentang kes memeras ugut. Jadi student ni kata dia bukan memeras ugut tapi menagih hutang. Bila ditanya hutang apa, student ni kata hutang beli pil 'nospen'.

So, student ni disiasat lebih lanjut lagi. Dia bekerja menjual pil nospen setiap hujung minggu di tempat letak kereta Saujana (Kuching) dgn gaji sebanyak RM30 - 50 sehari. Dia tidak tinggal bersama keluarganya (ibu bapa bercerai) dan datuk pula tidak sanggup menghadapi kerenah cucu yang nakal ini. Dia cuma tinggal di rumah kosong di kampung nya. Katanya lagi, kebanyakan dari remaja kampung itu adalah pembeli pil nospen darinya.

Persoalannya, adalah selama ini ketua kampung atau AJK kampung tidak tahu akan kegiatan negatif yang berlaku di kampung mereka? Kalau tahu, apakah tindakan yang telah mereka buat? Apa pula pihak yang berwajib boleh buat utk membantu? Dan apakah peranan wakil rakyat yg bertanggungjawab ke atas kampung ini? Memang tidak dinafikan bahawa kampung itu sudah rosak akhlak remajanya. Sudahlah kampung melayu... amat memalukan!

Wednesday, April 29, 2009

Takziah buat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) serta keluarga

Takziah buat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarga di atas pemergian isteri tercinta iaitu Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib. Semuga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

AL-FATIHAH........

Tuesday, April 28, 2009

GOSIP POLITIK (ADA ORANG KATA......)

Ada orang kata, sewaktu pilihanraya yang lepas ada pihak main politik wang. Yang pegang bendera pun kena bagi duit. Ada juga yang kata, waktu tu ada beberapa projek pembangunan baru dibuat hanya semata-mata untuk mengambil hati rakyat setempat. Ada juga yang kata rakyat setempat diugut supaya memilih parti tertentu kalau ingin pembangunan. Apa juga yang ceritakan, selepas pilihanraya tersebut rumah wakil rakyat ni buat parti selama beberapa malam berturut-turut. Betul ke ni?

BlueHope ingat kan tidak ada 'permainan kotor' seperti yang diwar-warkan. Ingat kan semuanya 'serba bersih'. Betul ke apa yang orang kata ni? Kalau betul siapa yang kata?

Thursday, April 23, 2009

JENIS PEMIMPIN YANG KITA ADA

Pemimpin kita...pemimpin apa, bagaimana dan siapa?

Pemimpin yang kita ada sekarang ini adalah terdiri dari pelbagai bangsa yang kononnya akan mewakili bangsa-bangsa mereka. Namun adakah mereka betul-betul mewakili bangsa atau sebaliknya dan hanya mewakili kepentingan dirinya sahaja?

Yang pastinya, orang yang paling mudah untuk dipilih sebagai pemimpin adalah orang yang punya banyak 'dosa dan rahsia besar'. Kenapa mereka? Kerana orang seperti ini adalah orang yang takut dan orang yang takut hanya akan menurut perintah sahaja demi untuk kebaikan dirinya.

Orang yang takut juga merupakan orang yang akan bersyukur dengan apa yang ada dan tidak akan meminta-minta. Maka orang yang tidak meminta-minta adalah orang yang paling disuka kerana tidak 'menghabiskan harta'.

Ramai pemimpin kita yang terdiri dari golongan seperti di atas. Sebab itulah rakyat 'meronta-ronta' kerana dahagakan pembelaan dan inginkan pembaharuan. Rakyat sudah pasti ingin merasakan betapa berbaloinya mereka mengundi bila hak mereka dibela dan rintihan mereka didengar.

Wahai pemimpin bangsa.... bangunlah dan sedarlah! Anak-anak bangsa anda menanti 'suara anda'!

KETUA KAMPUNG

Tugas2 ketua kampung adalah seperti berikut :-

a) Membantu mrancang dan mlaksanakan projek2 pembangunan masyarakat kpg

b) Menjadi orang tengah di antara org kpg dgn pihak kerajaan @ badan2 luar

c) Menjaga kselamatan kpg dari anasir2 jahat

d) Melapurkan aktiviti2 negatif di kpg kepada pihak berkuasa

e) Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan masyarakat kpg

f) Menjemput sesiapa yg difikirkan sesuai utk mghadiri mana2 mesyuarat jawatankuasa kpg

g) Mengadakan mesyuarat sekurang2nya sekali dlm sebulan bersama wakil rakyat setempat
TAPI KENAPA DI KEBANYAKAN KAMPUNG TIDAK MENAMPAKKAN YANG KETUA KAMPUNGNYA SEPERTI MENJALANKAN TUGAS2 YANG DI ATAS?
Budak2 kampung sekarang kebanyakannya buat perangai macam setan. Menghidu gam, jualbeli pil khayal, berjudi dan minum arak. Tidak ada pun aktiviti2 berfaedah yang melibatkan remaja2 dan belia2 kampung.
BlueHope rasa adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat di tempat itu untuk memastikan ketua kampungnya bergerak aktif. Kerjasama erat di antara ketua kampung, wakil rakyat dan AJK kampung adalah perlu ditekan demi untuk kepentingan semua pihak.